CATATAN DERU PERDANA 2
Prof Dr Abdul Latiff Mohamad, Dekan Pengajian Siswazah, Cyberjaya University College of Medical Sciences dan pelajar-pelajar CUCMS mengikuti tim DERU di Batu Bahat.
Klik di sini untuk mengikuti coretan beliau.
Laporan sukarelawan dari Petaling Jaya
CATATAN DERU DI PARIT JAYOS 4 BATU PAHAT
18 Jan: Ketua Wanita JIM Johor yang menyertai Tim DERU yang bertugas di Batu Pahat mencoretkan pengalaman beliau.
Klik di sini untuk membacanya.
OPERASI TENGAH MALAM KE KOTA TINGGI
Pada Isnin 15 Januari DERU telah beroperasi pada siang hari di Kota Tinggi. Selepas mendapat maklumat dari tim DERU di sana meminta diaturkan penghantaran selimut, tikar, susu bayi dan lampin bayi ke Kg Gembut Sedili dengan segera, malam itu juga tim kedua telah digerakkan ke sana.
Klik di sini untuk membaca catatan seterusnya.
DERU Gelombang Kedua Batu Pahat
Batu Pahat 16 Januari 2007
Buletin Deru telah diedarkan bersama-sama bungkusan makanan semasa team DERU BP melawat Pusat-pusat pemindahan di Senggarang, Parit Raja dan Sri Medan pada Sabtu dan Ahad lepas
Lanjutan daripada lawatan tersebut, setakat ini persembahan multimedia telah berjaya dilakukan di sebelah malam di pusat pemindahan Dewan orang ramai Ayer Hitam (Sabtu) dan di SK Parit Raja (Ahad). Insya Allah pada malam ini di dua tempat iaitu di SK Senggarang dan di salah satu penempatan di Sri Medan
Masiri
DERU Gelombang Kedua di Muar
14 Januari 2007
Hari ini merupakan hari ke 3 JIM Muar menDERU ke kawasan banjir utk fasa gelombang ke 2. Dari Muar 2 buah kereta masing2 dipandu oleh akh Saidi dan akh Anuar, seramai 7 orang semuanya diketuai oleh akh Cikgu Abdullah. Manakala akh Norhan pula datang sendiri menaiki motosikal. Jam 10am bertemu dengan pasukan DERU dari JB seramai 4 orang – akh Ainulotfi, akh Salleh Kassim, akh Zainal Sidi dan akh Halim Ali di Balai Belia Kg Batu 28, Lenga.
Misi yang diketuai akh YDP Johor ini dimulakan dengan meninjau keadaan di tempat2 yang terlibat dengan ancaman banjir – ke Kg Tui di Bukit Kepong untuk bertemu beberapa penduduk dan singgah di rumah ketua kampung Hj. Mokhtar, kemudian berhenti sekejap di Pondok Polis Bukit Kepong bersejarah. Kedudukannya di tepi sungai Muar menyebabkan ia paling mudah ditenggelami air. Kemudian singgah d Kg. Jawa sebelum meneruskan tinjauan ke Kg. Sungai Berani yang terletak betul2 di tepian Sg Muar.
Selepas itu kami ke Pekan Lenga untuk bertemu dengan Tok Penghulu (Hj. Abdul Majid), ketua kampung Pekan Lenga (hj. Abdul Rahim) dan ketua Kg Jawa (Hj. Sahar) di Balai Polis Pekan Lenga pada jam 1pm. YDP Johor disertai beberapa ahli pasukan DERU telah dijemput menyertai mesyuarat ringkas yang turut disertai OC Balai - Tuan Rahim Mat Deris. Mesyuarat tamat kira-kira jam 2pm dan kami meneruskan perjalanan ke Batu 28 bagi memenuhi jemputan Hj Rahman yang menyediakan makan tengahari di rumahnya. Selepas menunaikan solat di masjid kami menerima satu lagi jemputan oleh ketua Kg Gombang pula iaitu hj. Mahmud Mustar. Alhamdulillah, murah sungguh rezeki kami dengan jemputan pada hari ini..
Selepas itu kami berpecah dengan kenderaan masing2 meneruskan misi tinjauan ke Kg Panchor, Gersik dan Kundang Ulu.
JUMAAT 12 Januari 2007 BANJIR DATANG LAGI!!
Dengan tak semena-mena, setelah kering beberapa hari, Johor kini dilanda banjir kembali. Ramai orang menyangka mentari yang bersinar dahulu akan kekal, dan trauma menghadapi banjir yang paling teruk dalam berpuluh tahun di negeri ini boleh ditinggalkan belakang sebagai catitan sejarah.
... untuk maklumat lanjut , click di sini...
DERU ialah Unit Bantuan Bencana dan Kecemasan di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang diwujudkan berikutan banjir di Johor pada 19 Disember 2006. Bermula 20 Disember, petugas JIM DERU telah digerakkan untuk menolong mangsa banjir daerah-daerah yang terlibat. Antara bantuan yang diberikan berbentuk wang, makanan, barangan keperluan dan pakaian. DERU mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang sudi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Johor.
Terima kasih kerana mengunjungi laman ini. Anda adalah pelawat ke: 