Coretan Prof Dr Abdul Latiff
Coretan pengalaman semasa DERU Perdana di Batu Pahat
Prof Dr Abdul Latiff Mohamad, Dekan Pengajian Siswazah,
Cyberjaya University College of Medical Sciences.
Tak tertahan hati nak menulis kerana bari habis buat “reflections” dengan mentees di CUCMS dan mendengar kisah mereka membuat diri mahu berkongsi pengalaman di Johor minggu lepas. Rancangan untuk ke Johor bermula apabila beberapa pelajar bertanya, “kita tak buat apa2 ke Prof?”. Saya menoleh mencari Siti Norhashimah, student yang merupakan anak kepada Dr. Siti Zaleha, Pengarah Hospital Batu Pahat. Kebetulan Shima pun baru keluar kereta di parking lot CUCMS. Dia sanggup meminta ibunya memberi fasiliti utk bermalam di Hosp. Batu Pahat bila2 saja students CUCMS nak datang. (akhirnya fasiliti ini tak digunakan kerana semua pelajar tidur di kampung)
Terus saya meminta pelajar membentuk komiti. Alhamdulillah, dakwah sekarang sangat Allah permudahkan. Generasi baru pemuda/i nih, cuma perlu diberikan objektif dan tujuan. Mereka sangat berkemampuan untuk merancang dan melaksanakan. Kita yang dah tua nih tak perlu buat kerja terlalu banyak. Sekelip mata sahaja 85 pelajar telah volunteer, 2 bas disewa, hampir RM4000 dikumpul. Kami dapat tahu, JIM Johor sangat best menyusun program DERU lalu hubungan dimulakan dgn YDP JIM Johor yang meminta disediakan makanan utk 200 keluarga. 1kg beras, 2kg tepung, 1kg minyak masak dan 2 kg gula. Lebihkurang RM20 sekeluarga. Duit dah hampir cukup, bekalan ubatan pun diperolehi dari Pusat Perubatan An Nur dan Mercy Malaysia.
Pelajar diberikan quick training utk ambil history, Physical examination, BP etc utk semua students and we were all set to go.
Alhamdulillah, despite Bas Air Asia yang delayed, kami sempat sampai. Pejuang2 Usrah Medik seperti Asmadi, Radhi, Ikram dan AlAmin pun bersedia untuk memimpin setiap kumpulan yang masuk 5 kampung. Di Pejabat JIM Air Hitam, kami diberi taklimat. Berulang kali kami diingatkan untuk memperbetulkan niat, jangan beri apa2 janji kepada orang2 kampung kerana tak mahu kita mungkiri janji. Juga beberapa pesanan yang ana rasa sangat bererti, hasil tarbiyyah yang panjang. Misi ini bukan misi biasa. Team kita “bukan team biasa”. Semua students dapat merasakan, hatta Victor Lim, pelajar tahun 1 perubatan pun merasai kemanisan suasana. Beliau sanggup bawa kereta sendiri mengekori 4WD Prof Ikram untuk masuk Kg Sri Tanjung...
Memendekkan cerita, kami terbahagi 5 kumpulan (termasuk 1 kumpulan kecil). Ana cuma berpengalaman ke Kg. Lapis Bangas, yang lain semua mempunyai pengalaman yang berbeza. Pokoknya semuanya best. Perjalanan ke kampung penuh adventure sebab meredah air yang dalam di tengah jalan untuk sampai. Setibanya di Masjid di kampung, dengan penuh semangat semua barang2 dikeluarkan dan nampak semua tak sabar2 nak buat kerja. Kami terkejut kerana masjid telah sesak dengan penduduk kampung. Mereka telah menantikan ketibaan kami lebih sejam! Ibu2, Pakcik2, orang2 muda, kanak2 semuanya ada. Ikan2 sedang digoreng, Nasi sedang ditanak, Kopi telah terhidang. Masha Allah, macam pesta... Sebelum apa2, pengumuman dibuat. Semua anak/pelajar yang datang terus dipersaudarakan. .. semua dapat keluarga angkat.
Tak tertahan saya menitis airmata. Hingga hari ini setiap kali saya teringat peristiwa ini, airmata berlinangan. Inikah suasana di Madinah satu ketika dahulu. Masjid menjadi tempat pertemuan, mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin menjadi keutamaan. Berterusan airmata saya menitis. Apa sebenarnya perasaan orang kampong. Tiada seorangpun yang nampak kecewa, sedih, menangis. Malah semuanya riang, gembira bercahaya wajah mereka menerima tetamu. Semuanya berterimakasih kerana sudi menziarahi mereka.
Tiada nampak kebimbangan pada diri mereka yang sudah 2 bulan tiada mata pencarian, sudah 2 bulan anak tidak ke sekolah, sudah 2 bulan makan berjamaah tengahari dan malam diatas talam di masjid dan sudah dua bulan rumah masih sebahagiannya ditenggelami air. Sudah 2 bulan perlu bersampan untuk bermudik ke jalanraya.
Kami mengadakan kem kesihatan. Terbahak2 kami ketawa hari ini dalam reflection. Pelajar tahun satu yang buat BP check, berturut2 memberitahu makcik2 yang “normal” tuh… ”DARAH TINGGI makcik NORMAL!” Terkejut makcik2 tuh. “Selama ini makcik periksa, tak pernah ada darah tinggi…” memang sebenarnya mereka tak ada darah tinggi tapi kalimah adik2 1st year tu yang mengelirukan. ..
Lagi, pengalaman yang best, ada makcik dah berusia 100 tahun! tapi bila ambil BP : 120/80 mmHg… can you beat that? Semua pakcik dan makcik sangat happy bila diperiksa. Ada a few yang jadi patients utk teaching. Sambil saya minta maaf kerana mengambil masa dan keselesaannya, beliau berkata, “takpe, takpe… ambil satu atau dua jam pun boleh. Pakcik nak anak2 ni jadi doktor yang pandai…”
Alhamdulillah, org kampong very happy. Mereka kata makan minum dan wang ringgit dah cukup, tapi tak ramai yang perihatin kesihatan mereka. Sempat juga buat teaching, ada pakcik2 dan makcik2 with classical carpal tunnel syndrome, thenar muscle atrophy, frozen shoulder, osteoarthritis, semuanya ada very important clinical signs yang relevant sebab 2nd year tengah buat musculoskeletal system. Nasib baik boleh jawab, kalau tak saya akan kondem Prof. Nasa, Mr Razale and Mr Azlan.
Malam tu ada ceramah. Ramai orang kg datang, kisah Ashura, Nabi Nuh etc. Dan pertunjukan multimedia. Lepas tuh makan lagi. Entah kenapa program yang saya hadir selalu ada banyak makan. Even masa kat Acheh dulu pon kami makan best dan tiap2 pagi minum kopi Acheh yang sangat sedap tuh. Setelah pulang sebulan pun Haji Rafar dari Acheh kirimkan saya serbuk kopi melalui members MERCY mission ke 5 J
Alhamdulillah, bukan saja saya, tapi semua anak angkat happy sebab makan nasi kawah 3 kali sehari, lepas tuh balik rumah ibubapa angkat, makan lagi. Macam2 masakan Jawa yang tak pernah mereka rasa. Dah lapar dan sejuk kena hujan semuanya sedap belaka.
Yang bestnya, dapat peluang naik sampan, mandi air banjir, dan enjoy main dgn budak2 kampung... stretching, senamrobik dari anak cucu sampai datuk, semua join. Thank you Pak Long... we love you. And the KRJians... bila besar masuk CUCMS ok?
Akhirnya waktu nak berpisah, macam2 dapat hadiah dari keluarga angkat. Semua dapat duit dari mak bapak angkat... ada yang dapat RM 50 seorang!!! Masha Allah, kita datang nak buat donation, diorang pulak yang bagi duit kat students. Ada yang baru balik haji, so anak2 angkat dapat buah tamar, kacang pistachio, buah tiin... best giler
Allahu Akbar, semuanya adalah sebahagian dari pendidikan CUCMS. Ya Allah, segala Pujian bagiMu. Kami berdo’a agar para Pelajar kami akan mewarisi perjuangan kami. Agar da’wah ini dapat merentas segala Bandar dan kampong. Dan agar jiwa manusia yang tersentuh dengan keikhlasan dan iman yang tak seberapa ini dapat menjadi sebab kebangkitan semula ummat yang tercinta ini.
Segala kebaikan hanya dariMu Ya Ilahi.