Ringkasan Episod

Episod 1-5
Episod 6-10
Episod 10-15
Episod 16-20
Episod 21-25
Episod 26-30
Episod 31-35
Episod 36-40
Episod 41-45
Episod 46-50
Episod 51-55
Episod 56-60
Episod 61-65
Episod 66-70

SIAPA KAMI

webmistress
- eyka
sinopsis
- isabel
editor
- arbae
gambar/
screencaps

- eyka, website mbc
other info
- hana
dan forumer2 di forum CARI di thread Jewel In The Palace

SELAMAT DATANG!

Sudah lebih dari setahun laman web ini beroperasi iaitu sejak 8 Mei 2005. Terima kasih kepada pengunjung yang sudi membaca laman web Bahasa Melayu ni yang asalnya hanya tempat untuk mengumpul sinopsis-sinopsis dan komen-komen yang dibuat di Forum CARI. Drama Korea Jewel In The Palace/Dae Jang Guem ini pertama sekali disiarkan di tv Malaysia pada 18hb November 2004, dan telah diulang tayang beberapa kali di stesen-stesen tv yang lain.

Laman web asal masih boleh dilihat di SINI

Ringkasan Cerita

Jewel In The Palace adalah kisah benar tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Xu Jang Geum yang berasal dari kelas pertengahan tapi merupakan seorang yang amat pintar, cekal hati dan tak pernah mengenal erti putus asa dalam apa keadaan sekali pun. Sebelum dia lahir, dia telah ditakdirkan menjadi penyebab kematian ibubapanya tapi juga akan menjadi penyelamat kepada banyak orang. Demi membela kematian ibunya, dia telah memasuki istana pada usia 10 tahun dan seperti ditakdirkan dia menjadi anak didik kepada kawan baik ibunya sendiri iaitu Puan Han. Semasa dalam usaha membantu kawannya Choi Jin Ying dia sempat menyelamatkan seorang lelaki iaitu Min Jio Ho di mana merupakan lelaki yang dicintai dalam diam oleh kawannya ini. Di saat dia baru mengetahui Puan Han adalah kawan baik ibunya, mereka berdua telah difitnah oleh Keluarga Choi sehingga menyebabkan kematian Puan Han semasa di dalam perjalanan ke Pulau Jeju kerana dihukum menjadi hamba abdi. Di Pulau Jeju cinta telah berputik di antara Chang Jin dan Jio Ho, pada ketika itu juga Chang Jin telah belajar menjadi tabib perempuan kerana itulah satu-satunya jalan untuk dia kembali ke istana semula. Di istana Chang Jin bergabung tenaga dengan Jio Ho untuk menghapuskan kuasa jahat yang semakin berleluasa. Chang Jin telah banyak menyelamatkan nyawa orang termasuklah Maharani Balu, Maharaja dan Permaisuri sendiri. Kebaikan dan kecekalan Chang Jin telah menambat hati Maharaja sehingga dia hampir menjadi gundik Raja tapi akhirnya telah menukarkan fikiran dengan menjadikan Chang Jin sebagai Tabib Diraja merangkap Pakar Pemakanan kepada Maharaja. Chang Jin juga telah dianugerahkan gelaran Dae Jang Geum atau Yang Mulia Jang Geum yang hanya boleh dipakai oleh Chang Jin seorang. Sejarah Zaman Pemerintahan Chosun telah terukir kerana Chang Jin merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting dalam istana dimana ianya hanya boleh dipegang oleh lelaki sahaja.

Pelakon

Lee Young-Ae (Dae Jang Guem/Xu Jang Guem/ChangJin)
Ji Jin Hee (Min Jing Ho/Min Jio Ho/Pegawai Min)
Hong Li-Na (Choi Guem Young/Choi Jing Yin)
Im Ho (Raja Jung Jong/Maharaja)
Yang Mi-gyeong(Puan Han/Han Ae Jong)
Gyeon Mi-ri (Puan Choi Seung Guem)

Original Soundtrack