AFATS INTAKE 7 [ 1974 - 1977 ]

' RUANG INTERAKSI ' untuk semua penuntut AFATS

SEPINTAS LALU

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB AFATS INTAKE 7 

Assallam Mulaikum Warrahmatullah Hibawa Rokaatuh.....Salam sejahtera dan di doakan agar semua penuntut – penuntut samaada senior atau junior Apperantis AFATS di semua panggilan serta keluarga akan beroleh kesejahteraan, keberkatan dan dilindungi Allah SWT hendaknya...Kepada yang telah pergi sebelum kita marilah kita sama- sama berdoa memohon kehadrat Allah SWT untuk menghimpunkan mereka ini bersama orang- orang yang beramal soleh dan dimasukkan kedalam syurga...' AL-FATIHAH ' kepada mereka..AMIN

Pertama sekali dipaparkan laman web AFATS Intake 7 ini dan ianya tidaklah begitu 'comprenhensive ' dan menarik susunannya..ia dibuat dan di canai oleh orang yang tidak mempunyai kemahiran dan latar belakang IT...Laman ini memerlukan kesabaran apabila melayarinya..kerana ia agak lembab dan perlahan..benda free macam tu ler...tapi bagi mereka yang menggunakan streamyx 1 gb tak der masaalah kut...sekiranya ada pandangan dan cadangan silalah kemukakan pandangan bagi memantapkan lagi laman ini.

Laman web ini adalah cuma sebagai langkah permulaan sebagai satu pencetus wadah untuk semua melihat, mengimbau kembali kenangan lama dan mendapat sedikit maklumat terkini mengenai dengan penuntut panggilan ke 7 ini. Sekiranya ada mana-mana Apperantis panggilan 7 yang ingin mengemukakan gambar yang lain, boleh berbuat demikian dengan menghantar ke E.Mail yang tertera dibawah ini dengan menggunakan format JPG.  Bagi menjimatkan masa, sekiranya anda ingin terus 'download ' sebarang maklumat [ buat pindaan sekiranya tahu untuk melaksanakannya ] atau gambar ke bahagian tertentu laman web ini, bolehlah terus menghubungi saya untuk mendapatkan ' NO ID untuk LOG IN ' kelaman web ini. . Anda adalah bertanggungjawab atas segala pindaan dan ubahsuai yang dilaksanakan. Elakkan dari menyentuh hal-hal peribadi penuntut atau keluarga mereka dan ia haruslah lebih beretika. Diharap para pelayar dapat menghebahkan perkara ini kepada semua skot intake 7

Semua maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa. Mungkin ada maklumat yang dipaparkan terdapat kesilapan ataupun telah ' Out Dated ' dan perlu dikemaskinikan. Sekiranya ada maklumat atau pindaan baru sila masukkan dalam ruangan KOMEN.

Kepada yang terlibat..sekiranya terdapat gambar-gambar yang tidak disenangi yang telah mengguris rasa hati..saya menyusun sepuluh jari dan memohon AMPUN DAN MAAF kerana tiada niat untuk menghina kepada mana - mana penuntut samaada yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Yang benar,

530387 APP MOHD ARIF BIN MOHD ISA

Web Designer [ tak bertauliah ]
No. E.Mail  :  pakkap2004@yahoo.com
No. Tel       019-5115606

Website     http://www.freewebs.com/intake7changkul


BERIKUT ADALAH ANTARA WEBSITE DAN BLOG AFATS. SILA ' CLICK '  :

 

http://freewebs.com/afatsintake6

www.xafats21. blogspot. com

http://afats10.blogspot.com

www.afatsblog.blogspot.com

http://afats3rdintake.blogspot.com

http://oldboys3rdintake.blogspot.com

http://afats3rdintake50s.blogspot.com

http://www.geocities.com/afats_23

http://x-afats25.tripod.com

 

 

RENUNGAN  :

HARTA YANG SEBENAR DISISI ALLAH BUKANLAH APA YANG KITA MILIKI [ TINGGI PANGKAT ATAU BANYAK SIMPANAN HARTA ].... TETAPI APA YANG TELAH KITA BELANJAKAN / KORBANKAN KEJALAN ALLAH SWT [ YAKNI FISABILILLAH ] DENGAN MEMBELANJAKAN UNTUK DAKWAH, KEBAJIKAN DAN SEBAGAINYA. KERANA APA YANG KITA MILIKI ITU SEBAHAGIANNYA ADALAH MILIK ATAU HAK MEREKA YANG DIMAKSUDKAN

FIKIR-FIKIRKAN LAH

 

Welcome

Recent Videos