|
|
IPC e-merchant program merupakan satu bentuk ataupun kaedah baru berniaga dengan menggunakan technology terkini serta kemudahan e-dagang
(e-mercant) dan juga mdagang ( mobile commerce ).
Melalui IPC E-merchant, sebuah organisasi yang mengatur, iaitu syarikat IPC Shopping services (M) SDN. BHD. (IPC SHOPPING) menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan (merchant) dan juga ahli pengguna di bawah satu jaringan .
Konsep perniagaan ini sebenarnya telah lama di pasaran dan telah banyak syarikat selain IPC Shopping yang menjalankan program merchant seperti Bonuslink dan Realrewards yang begitu popular serta mendomitasi pasaran ketika ini.
Boleh dikatakan ramai dikalangan kita memiliki kad Bonuslink dan Realrewards semata-mata kerana mahu mendapatkan mata ganjaran ( point) apabila berbelanja dirangkaian merchant yang berdaftar dengan program kesetiaan berkenaan. Mata-mata ganjaran tersebut dikumpul dan kemudian ditukar (redeem) dengan pelbagai hadiah.
Banyak syarikat telah menggunakan system seperti ini untuk mengembangkan business mereka kerana ahli-ahli yang menyertai merka menyukai ganjaran yang ditawarkan. Di sampining meningkatkan jualan, dengan cara begini, merchant akan memiliki kumpulan pelanggan yang benar-benar setia dengan business mereka.
Konsep yang cuba diperkenalkan oleh IPC Shopping juga lebih kurang sama dengan bonuslink, Realrewards ataupun segala bentuk program yang berkaitan dengan Privilege Card.
Namun demikian, IPC Shopping menjadi perintis dalam dunia perniagaan electronic merchant (e-merchant) dengan menggabunggkan technology e-dagang dan m-dagang untuk kemudahan para peniaga dan pengguna.