SMK CHENDERING

Menuntut Ke Arah Chendering Cemerlang

Salam Aidilfitri 1 Syawal 1430 Hijrah

 

 Salam Aidilfitri untuk semua warga SMK Chendering. Ikhlas dan maaf zahir batin dari webmaster.

 

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam dan semoga semua warga SMK Chendering dapat menunaikan ibadah puasa dengan tabah. Juga, semoga dalam waktu cuti ini para pelajar dapat merancang untuk peperiksaan Percubaan  PMR, Percubaan SPM serta OTI 2 untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4.

26 Ogos 2009

Mukadimmah

 

SALAM MUHIBBAH.

Syukur alhamdulillah, laman web SMK Chendering masih sempat dinaiktaraf walaupun berada dalam kesibukan. Justeru itu, diharapkan laman web ini dapat membantu komuniti sekolah dalam mencari info, kami berjanji dan berusaha untuk memberikan yang terbaik. Sebagai webmaster laman web ini, saya merakamkan jutaan maaf kerana membiarkan laman web yang cantik ini tidak dikemaskini. Alasan kesuntukkan masa amat dikesali. Insya Allah, untuk melihat akan kesinambungan website ini diberi keutamaan, beberapa foto telah di muatnaik di photo gallery di folder Chendering Ceria dan Majlis Persaraan Pengetua. Persilakan menziarahinya. Pandangan anda semua akan kami pertimbangkan.

Setelah sekian kalinya laman ini tidak dikemaskini, pelbagai alasan boleh diberikan, mungkin satu atau pun mungkin seribu. Walau bagaimanapun dikesempatan ini dan dalam mengumpulkan info secara perseorangan. Tentu sekali sangat sukar untuk memberi yang terbaik. Akhirnya, sebagai moderator saya mendelete maklumat dan gambar yang agak lama.

Selamat melayari.

1 Mac 2009





Pintu utama serta signboard SMK Chendering



Jalan-jalan ke English Zone


Kami ingin mengajak murid-murid menjelajah ke http://www.english-zone.com/index.php

Lagu Sekolah

SEKOLAH KU
(SMK CHENDERING)

SMK Chendering sekolah kita,
Sekolah mulia berjasa,
Di sini lahirnya pelajar yang cerdas,
Cergas cemerlang,
Memperkasa akal budi,
Mewujudkan wawasan negara.

Ilmu matlamat kami, iman kami teguhkan,
Iltizam kami menuju kejayaan,
Pewaris negara masa depan,
Padamu ibubapa dan guru, kami hormati
Tunjuk ajarmu kami patuhi,
Agama Islam kami julangi,

SMK Chendering megah berdiri,
Sekolah muafakat dan berkat,
Mendidik kami hidup berdisiplin,
Berakhlak tinggi mulia,
Maju bangsa, maju negara,
Semoga kami berjaya (2 X)


Lirik: YM Hj. Sayed Masri Sayed Ibrahim  (2004)
        Tuan Pail Tuan Jusoh
        Tajul Ariffin Abdullah

Lagu: Wan Abdul Razak Wan Abdul Ghani





Misi dan Wawasan Sekolah

MISI SEKOLAH

Bahawa sesungguhnya MISI Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering ialah untuk mencapai Kecemerlangan Pendidikan melalui Keberkesanan Program-Program dan Aktiviti-Aktiviti Pendidikan untuk melahirkan murid yang Berilmu, Beriman dan Beramal, Berketerampilan dan Berakhlak Mulia.



WAWASAN SEKOLAH

Sesungguhnya Wawasan Sekolah adalah untuk menjadi Sekolah Cemerlang dalam semua bidang menjelang tahun 2008.

Pengurusan

Puan Hajjah Che Mek Kamariah binti Yem, selaku Pengetua menggantikan Encik Sulong bin Taib, mula berkhidmat di SMK Chendering pada 1 Jun 2008. Beliau, menjadi Pengetua SMK Jambu Bongkok, Merchang, Daerah Marang.


Puan Hajjah Che Mek Kamariah binti Yem
Pengetua SMK Chendering, Kuala Terengganu.


Web Sekolah-Sekolah Pilihan

Sila lawati laman web sekolah-sekolah pilihan.
SMK Elopura (Bestari) Sandakan.

Welcome to SMK Chendering and enjoy the pages here.

Users Online

Share on Facebook

Share on Facebook

Quote of the Day

Quote of the Day

Powered by Webs

Recent Blog Entries

Upcoming Events

No upcoming events

Recent Photos