HERBA HPA...WORLD!

Produk Halal Tanggungjawab Bersama



Laman web rasmi syarikat adalah :-http://www.hpa.com.my/

untuk pertanyaan berkenaan produk lain dan keahlian HPA sila layari laman web :- http://duniaherbahpa.com/


    



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..


Selamat datang ke portal halal produk keluaran HPA!Kunjungan anda amat dialu-alukan.

Portal ini bukanlah laman web rasmi syarikat HPA INDUSTRIES SDN BHD tetapi bertujuan memberikan info kepada anda berkenaan produk yang dikeluarkan oleh HPA.
Jutaan terima kasih kepada anda yang berminat dengan produk HPA ini.
Sesungguhnya sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk memberikan info yang berguna tentang produk yang suci lagi halal.
Marilah bersama-sama kami menjalankan muamalah yang unik serta berlandaskan syariat Islam ini.

Sesungguhnya kita hanya berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t
Perkara yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk adalah dari khilaf manusia itu sendiri.



Mutiara Kata:-
"Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas"

- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA

1) Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
2) Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
3) Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
4) Menggunakan 100% herba.
4) Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
6) Tidak mengandungi Steroid.
7) Melepasi ujian had kandungan logam berat.
8 ) Melepasi ujian had Mikrob.
9) Melepasi ujian had kecairan.
10) Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
11) Gunakan tanpa was-was.

Herba HPA dikeluarkan dalam dua bentuk:-
1) Kapsul
2) Periuk

1) Kapsul :
Bagi pengguna yang telah sakit bertahun lamanya, penggunaan penggunaan kapsul adalah dicadangkan. Bagi mengelakkan daripada kesan terlalu panas seperti pening kepala, kering kerongkong, batuk dan lain-lain.
Herba jenis kapsul merupakan herba yang paling cepat larut dalam air dan sesuai digunakan untuk semua pengguna untuk pengetahuan semua pengedar. Kapsul yang digunakan adalah daripada Industri yang diakui halalnya.

2) Periuk:
Penggunaan herba periuk di dalam 2 bentuk iaitu:-
2.1) Air Rebusan
2.2) Pati Rebusan

2.1) Air Rebusan :
Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat dan tidak terlalu serius dan pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius.
Aturan guna:-
1-Masukkan kesemua campuran ubat periuk ke dalam periuk (periuk tanah adalah yang terbaik.
2-Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1).
3-Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih. Pastikan melebihi 1 jam.
4-Keluarkan herba dan simpan di dalam peti sejuk atau dijemur kering.
5-Minum air rebusan 3 kali sehari selepas makan (pagi, petang dan malam).
6-Dos yang ditentukan ialah satu cawan teh cina (20ml).
7- Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum.
8-Minum air rebusan ini hingga habis dan ulangi dengan rebusan kali kedua.
9-Ubat periuk ini hanya unuk 3 kali ditambah air (14 hari).

2.2) Pati Rebusan :
1-Menggunakan ’slow cooker’.
2-Masukkan air yang telah dididih dengan kadar nisbah 1 bahagian herba dan 1 bahagian air dan gunakan set yang paling rendah selama 4 jam.
3-Minum secawan lompang dan cara ini khususnya untuk pesakit yang serius seperti kencing manis, kanser pangkal rahim dan kanser payu dara.

** Rawatan yang dinyatakan diatas diaplikasikan hanya selepas mendapat rundingan HPA.



Profil Syarikat HPA INDUSTRIES SDN BHD 

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
PENGENALAN
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada bulan September 1987, yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al-Wahida. Selepas lapan tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn Bhd (Herba Penawar Al-Wahida) ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Bermula dari situlah syarikat HPA mengembangkan perniagaan sehingga ke tahap yang lebih maju. Kini HPA Industries Sdn Bhd memiliki kilang di tiga kawasan perindustrian yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

PENGILANGAN
Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 6, Kawasan MIEL Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis. Dan paling baru ialah HPA telah membuka kilang biskut dan beberapa kilang lain lagi di Kawasan Perindustrian Hosba, Changlun, Kedah.

Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.

Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara.

Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.






VISI

  • HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
  • HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa

MISI

  • HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
  • HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat

OBJEKTIF

  • Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
  • Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan
  • Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan


Alamat dan no telefon HQ HPA untuk anda hubungi:


PEJABAT
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
Tel : 604-9776805
Fax : 604-9774121

Berkaitan HPA

Email : wahida@hpa.com.my

Berkaitan Keahlian HPA dan bonus
Email : shidah.mis@hpa.com.my

Berkaitan Pemasaran dan Promosi HPA
Email : cwahidagm@yahoo.com

Berkaitan Website
Email : webmaster@hpa.com.my

Berkaitan Koperasi HPA Wahida (koHPA)
Email : shiera_81@yahoo.com

KILANG

Lot 29,
B1 & B2 Jalan Industri Kawasan Perindustrian Kuala Perlis,
02000 Kuala Perlis,
Perlis Malaysia.
Tel : 604-9852015
Fax : 604- 9853051

Lot 7 & 8,
Kawasan MIEL Jejawi Fasa 2,
Jalan Jejawi Sematang,
02600 Arau Perlis, Malaysia.
Tel : 604-9777894
Fax : 604-97777893

k* Untuk makluman anda, kami kini beroperasi dan hanya menjalankan perniagaan untuk produk makanan kesihatan & produk wanita.. hanya penghantaran secara pos shj dilakukan.
segala kesulitan dr pihak saudara/i amat dikesali...harap maklum...sekian,terima kasih..

seramai
tetamu mengunjungi laman portal ini..