.::.Kepercayaan Kewujudan Hantu.::.
   mistik


 
.::.Kepercayaan Kewujudan Hantu.::.
NAVIGATION
Home
Hantu2 Yang Digeruni
Persepsi Islam
Kepercayaan Hantu
Perbandingan
Kewujudan Hantu?






    
APAKAH PERSEPSI TENTANG MEMPERCAYAI HANTU DALAM ISLAM?

Dalam Islam, terdapat berbagai pandangan dan persepsi tentang mempercayai hantu. Namun, yang sering diterangkan, hantu-hantu tidak wujud. Yang menjelma dalam wajah-wajah yang menggerunkan ialah syaitan.

Salah satu kepercayaan orang-orang adalah setiap orang yang mati secara tidak wajar, rohnya akan penasaran.Yang harus ditegaskan di sini adalah bahawa Islam tidak mengenal istilah arwah gentayangan kerana roh orang yang baik atau jahat ketika dicarut jasadnya akan kembali ke tempat yang disediakan oleh Allah S.W.T. Roh orang yang soleh akan disediakan akan terpisah dari roh orang yang kafir sebagaimana termaktub dalam sahih Muslim 4/2202 nombor 2872 dalam hadis tentang tempat kembalinya roh orang mukmin dan kafir. Ini menunjukkan yang tidak ada roh gentayangan dalam Islam. Yang menampakkan diri dan menyerupai sosok-sosok orang yang telah meninggal dunia ialah syaitan untuk menyesatkan manusia.

Lagi satu tanggapan ramai orang ialah hantu ataupun jin takut terhadap sinar matahari.seperti yang ditunjukkan di dalam televisyen, sosok jin mendatangi seseorang dan menakutinya dengan berbagai cara seperti mukanya yang rosak,badannya yang buntung dan sebagainya.Apabila fajar menjelma, hantu tersebut akan dengan segera menghilangkan diri. Akan tetapi, di dalam hadis Rasulullah S.A.W, baginda bersabda,"Sesungguhnya matahari terbit antara 2 tanduk syaitan dan terbenam antara 2 tanduk syaitan."(HR Bukhari dan Muslim).

Justeru, tanamkan diri anda bahawa hantu atau jin tidak akan pernah boleh membunuh manusia. Bersikaplah tenang jika hantu memunculkan diri kerana apabila kita takut, kita akan membuat jin itu lebih kuat.

 

Dipetik dari: (http://dunialain.multiply.com)

 



 


© 2005 All Rights Reserved.


Create a free website at Webs.com