.::.Kepercayaan Kewujudan Hantu.::.
   mistik


 
.::.Kepercayaan Kewujudan Hantu.::.
NAVIGATION
Home
Hantu2 Yang Digeruni
Persepsi Islam
Kepercayaan Hantu
Perbandingan
Kewujudan Hantu?






    
BAGAIMANAKAH & MENGAPAKAH MASIH ADA YANG SERING MENYEBUT2 TENTANG KEWUJUDAN HANTU?

Misteri dan mistiknya makhluk bertubuh kecil itu ialah kemampuan menghaibkan diri daripada pandangan manusia sekelip mata serta 'melarikan' not-not bernilai tanpa mangsa sedar akan kehadirannya. Cerita tentang makhluk ini bukan perkara baru malah sudah tertanam dalam minda masyarakat melayu sebagai 'penghuni' alam misteri dan mistik. Kisah misteri dan mistik sebegini berlegar di sekitar kosmos Alam Melayu berabad lamanya-zaman berubah tetapi mitos dan kepercayaan terhadap wujudnya gangguan hantu dengan pelbagai gelaran yang sama.

Perkara misteri dan mistik seperti ini perlu diselesaikan dengan cara yang mistik dan misteri juga-persepsi masyarakat Melayu yang memang percayakan kepada kebolehan sesetengah manusia bergelar pawang dan bomoh.

Alam Melayu memberikan pelbagai nama terhadap kelompok jin ini seperti pocong, hantu bungkus, langsuir, pontianak hinggalah kepada makhluk kecil yang digelar toyol. Jin-jin ini dijadikan perewangan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan harta. Jelas perbuatan dan amalan bersahabat dengan jin ini bersalahan amalan Islam kerana bukan saja ia syirik bahkan boleh menyebabkan umat Islam berpecah belah.

Apabila seseorang menziarahi tanah perkuburan, tidak jarang akan terlihat sesuatu sosok yang menakutkan, hingga ia akan lari terbirit-birit. Berdasarkan penetilian dan kesepakatan secara internasional, diakui bahawa hantu aatau jin memang boleh menembus alam manusia.

Dari itu, berpesan-pesanlah dengan kesabaran dan kebaikan. Dosa berdamping dan memohon pertolongan selain daripada Allah S.W.T merupakan dosa besar. Insafilah diri dan jauhilah daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah dan syariat Islam.



 


© 2005 All Rights Reserved.


Create a free website at Webs.com