| |

NAVIGATION
|
|
|
BAGAIMANA MASYARAKAT MELAYU MEMPERCAYAI TENTANG KEWUJUDAN HANTU?
|
Hantu telah wujud sejak dahulu lagi kerana mereka merupakan makhluk Allah SWT. Dahulunya, hantu wujud sering dijumpai di kawasan kediaman masyarakat Melayu iaitu kampung-kampung lebih-lebih lagi kediaman yang berdekatan dengan hutan-hutan dan sungai-sungai. Hutan dan sungai merupakan tempat yang sering menjadi kediaman hantu-hantu ini kerana makhluk-makhluk halus ini suka pada tempat-tempat yang sunyi yang jarang dikunjung orang. Terdapat beberapa budak nakal di kampung sering bermain di merata tempat. Mereka terlalu asyik bermain sehingga menyebabkan tempat tinggal makhluk-makhluk halus ini terganggu. Itu membangkitkan kemarahan mereka dan mereka menghantui budak-budak tersebut. Dari situ, masyarakat Melayu mula mempercayai kewujudan hantu. Bukan itu sahaja, ia juga bermula daripada pantang-larang nenek moyang kita. Misalnya, jangan bersiul kerana bersiul dikatakan memanggil syaitan yang boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Membuang air di pokok juga tidak digalakkan kerana pokok-pokok merupakan salah-satunya tempat kediaman hantu syaitan. Lagi satu pantang-larang adalah jangan pulang ketika maghrib kerana syaitan akan menyusul. Bermain sembunyi-sembunyi ketika maghrib juga dilarang kerana dikhuatiri akan disembunyikan oleh hantu. Ramai yang berpendapat hantu adalah makhluk halus yang tidak dapat dilihat dan kita tidak patut berasa takut kerana ia akan menambahkan semangat syaitan untuk menakut-nakutkan kita lagi.
|
|
© 2005 All Rights Reserved.
Create a
free website at Webs.com
|  |
|