.::.Kepercayaan Kewujudan Hantu.::.
   mistik


 
.::.Kepercayaan Kewujudan Hantu.::.
NAVIGATION
Home
Hantu2 Yang Digeruni
Persepsi Islam
Kepercayaan Hantu
Perbandingan
Kewujudan Hantu?






    
MENGAPA MASYARAKAT MELAYU SERING DIBANDINGKAN DENGAN KEPERCAYAAN HANTU?


Terdapat beberapa hantu yang sering digeruni oleh masyarakat melayu sejak dahulu kala. Satu-satunya ialah pontianak. Hantu-hantu yang lain seperti pocong, pelesit, hantu raya, hantu galah, toyol dan yang lain-lain tidak begitu menggerunkan kerana mereka tidak sering muncul seperti pontianak. Di bawah merupakan penjelasan beberapa hantu yang digeruni ramai.

Langsuyar/Langsuir:
Didapati di Malaysia. Setelah 40 hari, seorang wanita boleh menjadi langsuyar jika dia mati ketika melahirkan atau mati terkejut setelah mendapati anaknya mati dalam kandungan.Anaknya ini akan menjadi pontianak. Langsuyar ialah seorang wanita yang sangat cantik dengan kuku yang panjang dan rambut yang panjangnya hingga ke buku lali. Rambut yang panjang tersebut menutupi lubang di tengkuknya. Langsuyar juga boleh menjelma sebagai seekor burung hantu. Ia boleh terbang dan mengilai dengan suara yang nyaring dan menggerunkan. Dikatakan, langsuyar mencuri ikan dari sungai yang sangat digemarinya dan meminum darah kanak-kanak dari tengkuknya. Sekiranya ditangkap dan dijinakkan,  langsuyar boleh berkahwin, melahirkan dan hidup seperti manusia biasa. Namun, dia tidak boleh menari atau bergembira atau dia akan kembali ke kejadian asalnya. 

Pontianak:
Ia merupakan hantu yang sangat digeruni oleh masyarakat Asia Selatan.Dipercayai bahawa pontianak merupakan seorang wanita yang mati ketika dilahirkan. Dia kelihatan cantik kadang-kala tetapi selalunya, dia mempunyai gigi yang bertaring.Dia menjelma pada waktu malam, mencari mangsa lelaki dan wanita hamil-dipercyai dia tidak menerima hakikat yang wanitalain dapat menjadi seorang ibu- untuk dihisap darah. Kadang-kala, ia memakan daging bayi-bayi dalam kandungan ibunya.

Hantu Tinggi:
Selalunya, hantu tinggi tidak begitu tinggi apabila seseorang itu terserempak dengannya. ia hanya akan meninggi apabila seseorang mendekatinya. Hantu ini akan meninggi sedikit demi sedikit hingga seseorang itu payah untuk mendongak ke atas untuk mengukur ketinggiannya. Adalah dipercayai jika seseorang memerhati ketika hantu tinggi sedang meninggi, tengkuknya yang mendongak akan kekal begitu dan tidak dapat diturunkan lagi.




 


© 2005 All Rights Reserved.


Create a free website at Webs.com