Selamat Datang

Laman HakikatInsan jilid1

"Assalammualaikum - waramatullahiwabarakatu"

Kepada semua pengunjung laman web 'hakikatinsan' sekalian, terima kasih kerana mengunjungi laman web ini, semoga laman web ini berguna dan juga memberi manfaat kepada diri anda dan kita semua.dan kami mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan pada muslimin muslimat mikminin dan mukminat selamat Datang  kelaman kami semoga apa yang anda cari ada disini dan semoga amalan kita diterima oleh allah ..amiinn!

Assalammualaikum Selamat Datang Ke-laman Hakikatinsan...

" Al-Iklas" 

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

 

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. 

2 اللَّهُ الصَّمَدُ

 

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. 

3 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

 

Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan 

4 وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

 

Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. 

 

 


"Al-Fateha"

 

1 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

2 الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. 

3 الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

4 مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

 

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). 

5 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 

6 اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ

 

Tunjukilah kami jalan yang lurus. 

7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

 

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 

 

 

 

kata pendahuluan

"Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim"

Dengan segala puji dan syukur kita panjatkan kehadirat Allah s.w.t yang dengan limpah kurnianya.kita telah dapat mempelajari berbagai macam ilmu,baik ilmu kedunian mahu pun ilmu akhirat.Selawat dan salam kita aturkan kepada nabi besar Muhammad s.a.w dan begitu juga kepada seluruh keluarganya serta para sahabat-sahabat dan pengikutnya dari dahulu sampai hari kemudian.  

"mukaddimah kitab Aqidah"

 Aqidah menurut istilah agama,ialah kepercayaan akan wujudnya tuhan yang maha esa,yang tidak ada sekutu baginya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan,kesucian,kebesaran,dan keadilan,yang maha pengasih lagi maha penyayang,yang menyediakan azab bagi hambanya yang engkar dan durhaka.Agama islam sebagai sebuah agama yang terakhir,yang diturunkan tuhan buat petunjuk bagi ummat manusia.   

mutiara kata

"Pimpinlah hati menggunakan akal jangan memimpin akal menggunakan hati" 

Dalam menghadapi hari-hari sekarang,kadangkala kita di uji dengan 1001 ujian yang menuntut kecekalan dan ketabahan hati.Ujian yang diterima cukup untuk membuatkan kita patah semangat,hilang keyakinan diri,mudah berputus asa,terkeliru dari tujuan asal dan amat memeritkan hati dan perasaan.

Oleh itu,seringkali anda memerlukan satu dorongan atau kata-kata semangat untuk menghadapi hari esok.Mutiara kata ini kami sajikan kepada anda sebagai kata-kata semangat untuk anda merasa lebih yakin,penguat semangat,pembakar cita-cita bagi meneruskan kehidupan mendatang.

 

 

 

Pengunjung online