FZ NETWORK

Pakar Video dan Foto ke Tempat Anda

Rates & Services

Kami menyediakan perkhidmatan mengambil gambar foto dan merakam video di lokasi. Untuk itu pihak kami membawa semua peralatan yang diperlukan ke tempat anda termasuklah peralatan studio foto dan alatan menyunting video. 

Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan printing foto serta-merta di tempat anda dan menghasilkan vcd atau dvd pada hari yang sama iaitu sebelum tamat program anda.

Sebagai contoh:

Jika pihak anda sedang mengadakan perkhemahan, kami akan merakam foto dan video untuk program tersebut, peserta perkhemahan anda terus boleh mendapatkan foto mereka serta-merta dengan memilih sendiri foto yang mereka kehendaki untuk kami print pada masa itu juga dengan harga yang amat rendah.

Klip video pula akan kami sediakan untuk semua peserta pada hari akhir sebelum tamatnya program anda dengan siap kesemua termasuk editing seperti memasukkan title, lagu, grafik animation dan segala yang berkaitan. Ia juga akan kami perbanyakkan mengikut jumlah peserta/tempahan di situ juga. Setiap peserta akan pulang pada hari itu dengan membawa bersama foto/vcd/dvd mereka sebagai kenang-kenangan tanpa menunggu beberapa hari untu proses printing atau editing. Tentulah mereka rasa seronok kerana sebaik sahaja sampai ke rumah, mereka boleh terus berkongsi kenangan manis mereka dengan menayangkan foto/vcd/dvd kenangan mereka bersama keluarga dan sahabat handai.

Kami jamin foto atau video yang kami hasilkan adalah berkualiti tinggi kerana ia dirakam oleh tenaga pekerja kami yang amat pakar dan berpengalaman serta kami menggunakan peralatan yang berkapasiti tinggi dan terkini. Spesifikasi peralatan kami tidak perlu diragui sama sekali.

Sebagai contoh: kamera video yang kami gunakan sekurang-kurangnya memiliki pengimejan 3CCD, begitu juga dengan foto, kamera yang kami gunakan sekurang-kurangnya memiliki pemprosesan imej 10 megapiksel yang tentu akan menghasilkan gambar yang lebih cantik dan jitu..

Namun demikian, pihak kami tidak mengenakan harga yang tinggi. Ia amat berpatutan.

Kami juga mencadangkan dilaksanakan kutipan daripada para peserta yang diuruskan oleh pihak penganjur semasa pendaftaran untuk membeli vcd/dvd yang harganya antara RM10 hingga RM20 (boleh dirunding bergantug kepada jumlah peserta). Dengan ini pihak penganjur tidak akan kami kenakan sebarang bayaran atas cas perkhidmatan yg kami berikan. Sebaliknya kami pula akan memberikan komisyen (dirundingkan dahulu) kepada pihak penganjur. Kami buat kerja, persatuan anda dapat wang.

Hubungi Kami untuk perbincangan:

019-3000422 Uncle Roy

012-6616903 Abg Jai