rak 344e - teori & sejarah senibina

 

 

 

Arkitekur (architecture)

Arkitektur  ataupun dalam bahasa inggerisnya architecture adalah seni dan ilmu dalam merancang bangunan. Dalam erti yang lebih luas, arkitektur  mencakupi merancang keseluruhan lingkungan binaan, dari sudut yang besar iaitu perencanaan kota, perancangan perkotaan, senibina lanskap, hingga ke level mikro iaitu rekabentuk perabot dan sebagainya. Senibina juga merujuk kepada hasil-hasil proses perancangan tersebut.

 

Cerita arkitektur….

Arkitektur, ada banyak teori yang dihasilkan apabila wujud idea dalam prosesrekabentuk, maka terdetik andaian yang memerlukan eksperimen supaya boleh membuktikan keberkesanan idea itu.Manusia biasa mempunyai hipotesis masing-masing, dalam menjalankan dan melakukan sesuatu, ini adalah di sebabkan pola fikir yang berbeza antara satu sama lain.Kebanyakan arkitek, menpunyai prinsip atau gaya rekebentuk yang tersendiri,. Bagaimanapun, mereka masih lagi  berpegang kepada teori-teori yang terhasil. Contohnya : system post & beam, system grid, & method of construction.

 

Bagaimanakah pandangan kita terhadap senibina?

 

Adakah dari segi :

·        Ideologi ?

-pembahagian kawasan dan penaklukan

-kekayaan (gold, gospel,glory)

 

·        Keagamaan ?

-hindu

-buddist

-kristian

-islam

 

·        Semangat kebangsaan ?

-india

-cina

-jepun

-melayu

 

·        Teknologi ?

-maju

-mundur

-bersesuaian

 

 

·        Ideologi ?

-pembahagian kawasan dan penaklukan

-kekayaan (gold, gospel,glory)

 

 

·        Imperalisma ?

-roman

-muslim

-mongol

-china

 

 

 

Apakah sebenarnya sejarah..

Adakah kita ditipu oleh sejarah..? Adakah ia dari hasil cerita seseorang yang mempunyai kepentingan tersendiri.. (his..story)

kebenaran bukanlah satu kenyataan… dalam skop yang lebih micko dalam 'disinfomasi' yang telah lama berlaku di negara kita..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(keratan akhbar KOSMO - Jumaat 05 Januari 2007)

 

 

DISINFORMASI

Kembali sejenak pada sekitar tahun 1800an, dimana Inggeris dikatakan adalah orang yang bertangungjawab membuka Pulau Pinang. Pada masa itu Pulau Pinang adalah sebahagian dari Negeri Kedah. pada masa itu, sudah pun terdapat kampung-kampung Melayu disekitar Pulau Pinang, ini jelas dengan adanya bukti-bukti peninggalan seperti surau/masjid yang dikatakan lebih dahulu sebelum kedatangan Inggeris, dan kini kajian giat dijalankan bagi membetulkan semua maklumat yang salah yang telah diserapkan oleh Inggeris pada mentaliti orang Malaysia umumnya. Ini adalah contoh 'disinfomasi ' yang dibuat oleh anasir luar bagi menunjukkan kehebatan mereka mengawal dunia. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(gambarajah sumber dari En. Wan Burhanuddin - Penyarah P.B.P)

 

 

Daripada gambarajah ini, dapat diperhatikan terdapat pelbagai kegemilangan tamadun dunia yang rekodkan, tetapi semua itu adalah hanya dari pandangan satu arah sahaja. bermula dengan tamadun dunia mesir, greek dan roman, kritian dan byzantine, seterusnya ke renaissance & moden, tiada pun keunggulan tamadun islam di rujuk oleh mereka ini. Seolah-seolah mereka ini cuba untuk memadamkan Islam dari pandangan mereka. Kemuncak tamadun Islam ataupun zaman emas Islam diterbalikkan dan diterjemahkan  oleh  mereka ini sebagai "Zaman Gelap" sebagai untuk tidak mahu mengakui keagungan Tamadun Islam. lagi salah-satu disinformasi yang cuba diserapkan kedalam semua manusia oleh mereka ini.

 

 

 

 

 

Mengenai bangunan pencakar langit. Perlumbaan membina bangunan tertinggi di dunia..

Pencakar langit adalah sebuah bangunan yang sangat tinggi. Ketinggian minimum yang diperlukan agar dianggap sebagai pencakar langit adalah 800 kaki (244 meter). Pencakar langit pertama kali dibinakan ialah pada akhir abad ke-19, mewakilkan kekaguman masyarakat amerika yang dibangunkan di Kota New York.

Struktur pencakar langit dunia pada pertengahan abad ke-20 memiliki definisi yang jelas. Namun setelah saat itu banyak debat dan kebingungan bagaimana menentukan kriteria dan definisinya. Dalam ketinggian mutlak, kebanyakan struktur tertinggi adalah menara "broadcast" radio dan television yang memiliki ketinggian sekitar 600 meter (2.000 kaki).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Perbandingan di antara bangunan - bangunan tertinggi di dunia...

 

 

 

Apakah yang kita lakukan?

 

bagaimanakah kita hendak menilai sesuatu senibina ataupun rekabentuk itu.. adakah pada besarnya bangunan itu? Tingginya bangunan itu?

penggunaan bahan? Ataupun sebagainya?

 

 

Apakah yang sedang kita tuju sebenarnya?

Masa lampau… masa hadapan …

 

Kegilaan masyarakat dunia untuk membina bangunan pencakar langit seperti telah menjadi trend sekarang.  Negara-negara barat seperti Amerika, Russia, Perancis dan England telah lama menjadi pelopor dalam pembinaan bangunan pencakar langit. Kini, rantau sebelah sini(asia) pula giat membina bangunan pencakar langit masing-masing.

Negara seperti china, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu(UAE), sedang rancak dengan projek gergasi mereka. Tidak ketinggalan Korea Selatan, Malaysia dan Jepun. Seolah-olah berlaku perlumbaan dalam membina “Bangunan siapakah paling tinggi di dunia ini”.

Tetapi dalam mengejar bangunan siapa yang paling tinggi, dimanakah nilai senibina ”architecture”  ini sebenarnya. Secara umumnya, bangunan pencakar langit ini seperti tiada identitinya. Bangunan ini boleh di letakkan dimana sahaja di muka dunia ini dan yang paling penting adalah “bangunan aku yang paling tinggi”.

Lihat sahaja pada menara berkembar petronas di Malaysia, siapakah arkiteknya? Siapakah juga juruteranya? Kontraktornya? Adakah mereka ini orang tempatan yang selalu melaungkan slogan “Malaysia Boleh”?

Adakah Malaysia juga secara significant  memerlukan bangunan setinggi 452m dari aras tanah ini di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang rata-ratanya dikelilingi bagunan yang berketinggian medium?

bagaimana pula dengan keperluan penduduk setempat itu sendiri, adakah keperluan dan kehidupan mereka juga setinggi menara berkembar petronas ini?

Apa yang dapat dikatakan ialah dengan terbinanya bangunan pencakar langit ini, ia dapat menunjukkan kekuasaan, kekayaan?, dan kemegahan tetapi aspek identiti architectural  setempat tidak perlu dititik-beratkan

berdirinya  master and puppets di belakang segala peristiwa..

 

secara simboliknya, dapat dikatakan bahawa terdapat pihak tertentu yang mempunyai agenda mereka sejak berkurun lama untuk menguasai dunia dan mahukan seluruh dunia tunduk kepada mereka....

 

                                                                                                                                               

                                                                                                                                                     

                                                                                kuasa                         pecah-belahkan                         kawal

      

                                                           

glosari….

 

Hipotesis                    -           tanggapan awal

sains                           -           ilmu kemajuan, pengetahuan yang teratur/sistematik

                                                yang boleh diji atau dibuktikan kebenarannya.

prinsip                        -           sesuatu yang menjadi pegangan

pola fikir                     -           corak pemikiran

andaian                       -           contoh ataupun misalan yang tidak semestinya satu kenyataan

linear                           -           berkaitan dengan sesuatu yang lurus

sejarah                        -           cerita seseorang

komanwel                   -           Negara-negara yang berkongsi kekayaan bersama-sama

Straits settlement         -           penempatan orang Inggeris di Negeri-Negeri Selat

                                                pada era campur tangan mereka di Tanah Melayu

Negeri-Negeri Selat    -           negeri-negeri yang dibuka penempatannya oleh Inggeris bagi tujuan kepentingan perdagangan di

                                               Kepulauan Melayu – pulau pinang, melaka 

                                               & Singapura.

Eurosentrik                -            amalan, kesedaran ataupun ketegasan mengenai Eropah