3 November 2000, masih segar dalam ingatan. Perkenalan yang bermula dengan teman biasa akhirnya bercambah menjadi rasa cinta yang abadi. Kasih yang terjalin dikukuhkan lagi dengan ikatan pertunangan pada 5 Oktober 2003. Sepanjang melalui alam pertunangan pelbagai onak dan duri kami tempuhi dengan penuh kesabaran di hati. Akhirnya penantian selama setahun berakhir dengan sebuah perkahwinan sebagaimana yang kami impikan. 1 Oktober 2004, aku telah sah bergelar isteri dan menjadi milik seorang lelaki yang amatku cintai, Azizul Hakim.
Kini rumahtangga kami lebih bererti dengan kehadiran permata hati yang amat comel, Nur Marsya Qistina binti Azizul Hakim. Qistina, ayah dan ibu amat bersyukur dengan kelahiranmu sayang.... Masih terbayang di ruang mata detik kelahiranmu pada 11 Ogos 2005, Khamis , 12.32 tengahari. Kesakitan yang ibu tanggung hilang entah kemana apabila menatap wajahmu sayang....
Blog ini Ibu sediakan untuk mencoret segala catatan pengalaman Ibu dan Ayah membesarkanmu Sayang....Semoga apabila dewasa kelak, blog ini akan dapat dibaca olehmu dan sedikit sebanyak ia akan mengimbas kembali memori silam kita sekeluarga....
Moga dikau menjadi anak yang solehah, berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa sihat dibawah lindungan Illahi. Ayah dan ibu akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirimu sayang...
Create a free website at Webs.com