Bendera Malaysia.Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Mohamad Najib
Undur | Daftar Utama | Depan | Pengenalan

Dinosaur

Tempoh Cretaceous.

Pada era dinosaur terakhir, tempoh Cretaceous yang berakhir pada 65 juta tahun dahulu, suhu bumi adalah lebih panas daripada sekarang. Malahan suhu di tanah tinggi hanya mempunyai suhu serdahana sahaja dan tidak sejuk bersalji. Tempoh Cretaceous menggantikan tempoh Jurasik yang merupakan zaman dinosaur gergasi merayau-rayau di muka bumi ini.

Tumbuhan Cretaceous termasuk pokok berbunga pertama (angiosperms). Pokok menyerupai pokok oaks, horsetails, sycamores, dan magnolias juga mula muncul. Unjuran salinan paleogeografik menunjukkan bahawa pada tempoh Cretaceous, tanah daratan terus berpecah. Laut tropika Tethys kemudiannya telah bercantum dengan Selat Mowry (Mowry Seaway) di sebelah utara, dengan itu memisahkan Amerika Utara dengan Amerika Selatan. 

Perpisahan dan banjir yang melanda memotong  jalan darat untuk dinosaur berhijrah. Keluarga dinosaur yang terpencil mempunyai peluang tipis untuk terus hidup. Sekiranya sesuatu bencana melanda dikawasan kecil tempat kumpulan dinosaur itu tinggal, seluruh kumpulan dinosaur tersebut terancam dengan kepupusan. Perkara yang serupa juga berlaku kepada haiwan gajah yang terhimpit dengan penerokaan kawasan hutan secara besar-besaran oleh manusia. 

Persaingan untuk mendapatkan ruang untuk mencari makanan juga menjadi semakin sengit dan menimbulkan satu persoalan yang menarik. Berapa ekar kawasan yang diperlukan untuk menampung seekor dinosaur yang dewasa. Oleh itu berapa pula kawasan yang diperlukan untuk menampung satu kumpulan dinosaur yang mungkin termasuk ibu, bapa dan beberapa ekor anak dinosaur.

Berapa pula jumlah dinosaur yang membentuk satu kumpulan, memandangkan setiap seekor dinosaur memerlukan banyak makanan, kumpulan dinosaur yang besar akan menghabiskan makanan dalam kawasan yang berhampiran dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu, untuk terus hidup kumpulan dinasour ini sering berpindah-randah untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi.
 
 

Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Najib sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan http://browsers.netscape.com/browsers/main.tmpl