
Selamat
datang ke laman "online tutorial" saya. Laman ini baru sahaja saya muat
naikkan ke internet untuk tatapan semua. Mudah-mudahan segala bahan yang
tersedia di sini dapat dimanfaatkan oleh semua dengan sebaik-baiknya.
Laman ini adalah satu wadah bagi saya untuk berkongsi bahan-bahan dan perkara-perkara yang saya rasakan perlu diketahui oleh semua khususnya bagi mereka yang berada di bidang pendidikan. Mungkin laman ini tidak mampu untuk memuatkan semuanya dan segalanya, namun saya rasakan bahawa kewujudan laman ini dan yang seumpamanya adalah sangat perlu lebih-lebih lagi pada masa sekarang.
Dalam laman ini saya akan cuba memuatkan bahan-bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran, artikel-artikel yang berkaitan dan bahan-bahan yang difikirkan sesuai. Saya juga akan memasukkan hasil kerja para pelajar saya dalam laman ini. Bagi anda, mungkin hasil kerja dan bahan yang dihasilkan kurang menarik, tidak cukup isi atau sebagainya, namun perkongsian melalui laman ini diharapkan dapat memberi sesuatu yang berfaedah dan berguna buat semua.
Untuk itu, maklumbalas dan sumbangan bahan-bahan yang berkaitan amatlah dialu-alukan. Segala cadangan untuk penambahbaikan, komen yang membina dan saranan untuk memperelokkan lagi laman ini, anda boleh berhubung dengan saya melalui email cybersufi82@gmail.com.
- ADMIN -
ZAFRUL ASMIE ABDUL SALAM,
SMESH,KK.