Colour Vibration Therapy





Perubatan Alternatif
Home

Pengasas CVT

BAHAN BACAAN

Produk CVT

Aroma Seri Wajah

CVT dalam media

Guestbook

 


..........HARAPMAAF.........

Note:TERIMA KASIH atas lawatan anda ke website ini.70% masih dalam pembikinan...HARAP MAAF




"   Bagi saya, perubatan sebenarnya harus bermula
dengan Fizik terlebih dahulu. Biologi semua orang perlu belajar. Dan saya rasa aspek kimia pula sepatutnya jatuh nombor dua selepas Fizik. Aspek masa perlu didahulukan kerana Tuhan menjadikan alam menggunakan 
aspek ini."

"Kesemua hukum alam dan pergerakan itu diwakili satu ukuran gelombang yang boleh diukur, dinilai, ditiru, dirakam dan digunakan semula untuk sebarang tujuan. Semuanya ditentukan Tuhan. Jadi terpulang kepada kita untuk mencari masa yang cepat (untuk menyembuhkan penyakit)."

Profesor Dr. Sir Norhisham Wahab MD(MA).




BIODATA PENGASAS COLOUR VIBRATION THERAPY 

                                 
“Aroma seri wajah adalah rumusan unik yang menggabungkan falsafah tradisional dan moden”

Dr. Norhisham Wahab
(M.D.[M.A] The Open International University)
Pengasas Colour Vibration Therapy 

  • Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21hb April 1960.
  • 1986-1990 - Melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan Fizik di luar negara.
  • 1990 - Mendapat penghargaan, International Award to Tradition and Prestige dari Editoria de Comercio International Sepanyol.
  • 1993 - Tetamu kehormat majlis anugerah 2nd International Meeting on Cosmetic Dermatology, Rom, Italy.
  • 1996 - aktif meneruskan pengkajian bidang rawatan alternatif bagi melengkapkan pengkajian para pakar perubatan berkonsepkan getaran yang dipelopori oleh pakar perubatan dari Jerman yang telah mengkaji lebih 16 tahun.
  • 1996 - Mencantum pengalaman yang relevan dengan pakar perubatan U.K dalam bidang yang sama.
  • 1997 - Membuat thesis, akhirnya mendapat kelulusan kedoktoran dari The Open International University dalam bidang perubatan alternatif.
  • 1997 - Menubuhkan German Malaysian Scientific Ideas (GMSI) di Malaysia yang diiktiraf oleh badan dunia. Menggabungkan pakar perubatan dari Malaysia, Indonesia, German dan China.
  • 1998 - Menjadi pengasas dan mendaftar perubatan alternatif sendiri iaitu Colour Vibration Therapy (CVT).
  • 1999 - Menghasilkan formula Aroma Vibration yang pertama di dunia.
  • 1999 - Menjadi penasihat kepada pakar-pakar perubatan yang berkaitan Feng Shui di seluruh negara berpandukan konsep fizik, getaran dan alam (tanah,air, api, angin) ikut lawan jam berpandu kiblat.
  • 1999 - Menubuhkan Vibration Group (badan pengkajian perkembangan ilmu CVT)



Biodata Ringkas Professor Dr Norhisham Wahab

Pengasas COLOUR VIBRATION THERAPY (TERAPI GETARAN WARNA)

 

Dr. Norhisham dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21 April 1960. Selepas menamatkan alam persekolahan pada tahun 1985 beliau terus melibatkan diri dalam berbagai aktiviti akademik sebagai pengarang, pendidik, kaunselor dan penyelidik. Karier pertama beliau adalah membuka sendiri beberapa pusat pendidikan swasta sehingga 1992. Akhirnya beliau menukar bidang yang lebih mencabar bersesuaian dengan minat dan kemahiran semulajadi sejak di alam persekolahan lagi.

Pada peringkat awal semasa pembabitan beliau dalam bidang perubatan beliau banyak melakukan berbagai percubaan klinikal dan mengkaji kesan bunga-bungaan terhadap rangsangan spiritual, mental dan emosi kepada kesan hormon untuk mengubati pesakit yang mengalami tekanan perasaan (psikik). Oleh kerana kecenderungan yang mendalam terhadap fizik, beliau mula meneliti dan mempraktikkan realiti kebesaran alam semulajadi melalui Al-Quran dan Al Sunnah.

Beliau dengan serius membuat penyelidikan kepada alam perubatan tradisional dan perdukunan dengan tumpuan terhadap petua dan pantang larang selama tiga tahun dan akhirnya beliau dapat memecah kebuntuan alam semulajadi dalam metafizik bahawa kesemua hukum alam dan pergerakan itu diwakili satu ukuran gelombang yang sebenamya boleh diukur, dinilai malah boleh ditiru, dirakam dan digunakan semula dalam sebarang tujuan.

Pada tahun 1996 beliau menyusun satu tesis yang berkisar tentang sel dan tenaga dan berjaya memperolehi kedoktoran MD (MA) pada 1998 melalui The Open International University dibawah naungan WHO dan United Nation. 

Menubuhkan CVT
Pada awal tahun 1999  beliau telah mengasaskan Colour Vibration Therapy, setelah menjalankan kajian keatas getaran, warna dan hubungan warna dan tenaga dengan penyakit.

Bidang rawatan  ini yang berasaskan frekuensi bunyi melalui konsep Hidroterapi yang pertama dan seumpamanya di dunia. Beliau mengambil langkah berani dengan mengasaskan satu bidang rawatan yang terlalu baru dan kini terdapat lebih 20 buah klinik cawangan dengan keahlian lebih dan 2000 orang di seluruh negara.

Beliau juga sering dijemput untuk menyampaikan ceramah oleh pelbagai pihak. Di samping itu, beliau pernah merawat seorang pesakit "Parkinson" secara langsung di dalam rancangan Bincang Petang TV3 selama 3 siri berturut-turut. Beberapa artikel beliau turut tersiar di dalam akhbar Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro dan pelbagai majalah seperti Mingguan Wanita, Rias, Dewan Kosmik, Dewan Siswa dan lain-lain. Selain itu, beliau juga pernah ditemubual oleh tabloid Media Terkini, Warta Perdana, majalah Perkahwinan, Perempuan dan Pengantin.

Atas kecemerlangan beliau dalam mempelopori dan mempraktikkan bidang rawatan alternatif, pihak Open International University di bawah cabang The Ancient Royal Assyrian Order of Merit telah menganugerahkan pangkat Professor kepada beliau pada bulan November 2002. 

Beliau juga telah menulis banyak artikel mengenai teori dan konsep warna, kulit sebagai reseptor dan konsep pusingan lawan jam dalam Colour Vibration Therapy. Tulisan-tulisan beliau masih dalam proses pendaftaran untuk mendapatkan hakcipta sebelum dicetak dan dipasarkan.

Ramai pesakit telah mendapatkan perkhidmatan untuk mengenal pasti punca penyakit dan rawatan. Sehingga hari ini ramai pesakit telah berjaya dipulihkan dengan kaedah perubatan CVT. 

Sehingga kini beliau juga telah melatih ramai Ahli Colour Vibration Therapy atau Pengamal Profesional CVT yang terlatih dan layak untuk membuat diagnosis terhadap responden dan memberikan preskripsi NW Vibration. 

 



Menggali Rahsia Alam
Oleh Dr Norhisham Wahab

 

Sejak kecil saya sangat mesra dengan kehidupan alam semulajadi. Suasana dan kitaran alam sering membuatkan saya berfikir tentang alam secara fizik dan metafizik. Pelbagai persoalan menerjah dalam kotak fikiran saya - kenapa gerhana bulan berlaku, mengapa langit bertukar tatkala senja, mengapa angin bertiup, bagaimanakah berlakunya perubahan cuaca, dan sebagainya.

Persoalan-persoalan ini menyebabkan saya suka menyendiri, mengelamun, dan tidak banyak bercakap. Saya banyak menghabiskan masa berfikir. Saya kerahkan otak untuk mencari jawapan punca berlakunya segala fenomena alam itu. Siapakah yang menggerakkannya, apakah kaitannya dengan hidupan lain. Namun dalam usia muda dan pengalaman yang begitu cetek, akal saya tidak dapat menjangkau rahsianya.

Pada tahun 1970, ketika saya berumur 10 tahun saya mula mendekati alam mistik. Ayah menjadi seorang bomoh setelah meninggalkan jawatan kerajaan. Saya mula mengetahui tentang mandi bunga, penggunaan tanah liat, beras kunyit, sirih dan sebagainya. Saya sering mengikuti ayah ke hutan mencari bahan-bahan untuk mengubat orang sakit. Satu hari ketika mengikutinya ke hutan saya lihat ayah mencabut sebatang akar yang kelihatan yang amat sukar untuk dikeluarkan dari dalam tanah. Saya hairan bagaimana ayah boleh mencabutnya dengan begitu mudah sekali. Saya berkata kuatnya tenaga ayah. Ayah cuma menjawab, "Ayah guna tenaga keyakinan." Katanya lagi, apabila ada keyakinan mencabut akar sebesar itu ibarat menarik batang taugeh sahaja. Daripada situlah saya belajar erti keyakinan tanpa keraguan.

Saya membesar sebagai seorang pemerhati. Pekerjaan ayah sebagai bomoh melatih saya meneroka perkara yang pelik-pelik. Pesakit datang berjumpa ayah dengan bermacam-macam penyakit. Ada yang sakit jantung, kanser, kencing manis, serta yang mengalami masalah mental dan halusinasi. Saya hairan bagaimana ayah merawat hanya dengan mengibas pesakit dengan kain. Kini saya telah tahu jawapannya. Setiap penyakit berkait dengan tahap psikologi. Kibasan kain itu memotong aliran stress dalam badan seseorang.

Saya bukan sahaja mengkaji benda-benda pelik, malahan saya sendiri dikatakan orang pelik juga. Hal ini disedari ketika berumur 12 tahun. Saya pernah terjatuh daripada bangunan setinggi 3 tinggkat. Dengan kuasa Allah Taala, tidak ada apa-apa yang berlaku terhadap diri saya. Saya berada dalam keadaan sedar ketika badan saya melayang kebumi. Saya juga pernah terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat. Mereka yang terlibat mengalami cedera parah dan ada yang meninggal dunia. Tetapi, Alhamdulillah saya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Semasa kemalangan itu berlaku, saya berada dalam kedaan penuh sedar. Saya boleh ingat satu-persatu setiap yang berlaku sehinggalah berlakunya kemalangan itu.

Deria saya terlalu sensitif dan sering diuji. Tidur saya selalu didatangi mimpi-mimpi yang kemudiannya cuba saya tafsirkan sendiri. Saya dapatkan rasakan, jika sebelum tidur saya tidak mandi atau sekurang-kurangnya membasuh kaki, alamatnya saya akan bermimpi sesuatu yang ngeri seperti jatuh ke dalam gaung. Kadang-kadang saya boleh nampak dan dengar apa yang orang lain tidak boleh. Sebab itulah orang tua kata saya ganjil.

Beralih kepada pendidikan, saya mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur, tempat kelahiran saya sendiri. Ketika masuk ke tingkatan satu, saya bersekolah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki. Sebaik tamat tingkatan enam, saya ke Eropah dan bekerja di sebuah syarikat yang banyak membuat kajian dalam bidang elektromagnetik. Saya kira inilah langkah terbaik saya kerana saya benar-benar ingin tahu tentang kuasa alam semulajadi terhadap kehidupan, khususnya manusia. Saya bekerja sambil belajar di syarikat itu. Selama lapan tahun saya berusaha menyiapkan tesis tentang frekuensi bunyi yang membentuk getaran untuk mengimbangi sel dalam badan. Pada tahun 1994, saya ke Sri Lanka mengambil Ph.D di Open International University dalam bidang ini.

Dari kecil sampai besar, saya banyak menimba ilmu secara tidak formal. Setelah dewasa jawapan kepada pencarian saya terserlah jelas apabila saya temui ilmu yang saya gali selama ini sebenarnya sudah ada dalam Al-Quran dan Hadis. Kedua-dua sumber ini banyak membantu dan memberi jawapan kepada persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran saya tentang rahsia alam. Begitu juga dengan keterangan-keterangan dalam Hadis seperti khasiat Habbatus Sauda yang dikatakan berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kerana khasiatnya yang banyak.

Bagi saya, ilmu yang saya miliki ini merupakan anugerah Allah. Saya sering mengaitkanya dengan agama. Mengikut kajian orang yang tidak banyak bercakap dan lebih banyak diam adalah lebih baik kerana ini menstabilkan emosi. Hal ini sememangnya dianjurkan dalam agama Islam. Oleh itu, saya menasihatkan remaja sekelian agar memanfaatkan kelebihan yang ada pada diri kita semaksima mungkin dan gunakan kelebihan yang ada itu untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

 



Remarks From the Founder Colour Vibration Therapy

Professor Dr. Norhisham Wahab was born in Kuala Lumpur on 21 April 1960.

He clinically experimented of how flowers give effect to the spiritual, mental, emotional and physical stimulations and their relationship to the human body.

Studies and practices the greatness reality of nature's creation through the basic of physic science based on the Islamic knowledge concept.

He did research on the world traditional medicine and traditional healers with focus to the practices and tips.

Breaks the nature's obscure in metaphysic that all the nature's law and movement are represented by wave measurement that can be measured, evaluated and also can be copied, recorded and utilized back on any reason.

He rearranged a thesis, which based on the cells and energy and obtained an MD (MA) doctorate in 1998 through The Open International University under WHO and United Nation advisory. He was awarded with the Professor title in 2002 after accomplished a thesis entitled Time and Cell.

In 1999, he established the Colour Vibration Therapy after researching and using the light, colour, sound and wave technology and its relation with sickness through hydrotherapy treatment concept.

Introduces ice hydrotherapy treatment as the pioneer sickness treatment in the world.

In 2004, CVT created a new history when it received faculty recognition and incorporated with The Open International University of Complimentary Medicine.

 









© 2005 All Rights Reserved.  

Create a free website at Webs.com