|
|
JAM KE KANAN |
Artikel Mastika - No. 2
Januari 2003
Oleh:Norimanah Seman
Jam KeKanan - Ini Bukan Jam Biasa
Zurina Zakariya, 36, kasihan melihat suaminya, Sufian Abdul Rahman yang sudah bertahun-tahun menderita sakit lelah. Kadang-kadang geram juga melihat dia menyedut asap rokok tak putus-putus. Bukan Apa, Zurina bimbang penyakit suaminya itu bertambah parah.
Zurina malas nak bercakap soal rokok kerana ia akan menjadi punca pertengkaran. Tidak cukup dengan itu resdung Sufian pula semakin menjadi-jadi. Pantang terbau tumisan berbelacan, bersinnya memanjang. Kekadang berlarutan hingga sukar bernafas.
Makan ubat
.emmmmhhh
.itu bukan cara Sufian. Biar sakit melarat, makan ubat tidak sekali. "Malas," hanya itu katanya apabila disuruh Zurina.
Yang membuatkan Zurina naik angin ialah setiap kali pulang dari pejabat Sufian sering mengadu seluruh sendinya sakit.
"Rin, pinggang I sakit. Kadang-kadang sakit kat sini lepas tu kat sini," Sufian menunjuk-nunjukkan tulang belikat dan lututnya.
Nak suruh suaminya makan ubat dia sudah tahu apa jawapannya. Kerana itulah dia hanya mendiamkan diri.
Lama-kelamaan kesian juga tengok suami sakit. Lalu suatu hari dia teringatkan cara terbaik mengajar kedegilan Sufian. Ya, jam tangan rekaan pakar terapi getaran warna, Dr. Norhisham Wahab.
Dia pernah mendengar bahawa jarum jam ciptaan doktor itu bergerak kekanan, bukan ke kiri seprti jam biasa. Dia juga tahu jam tersebut boleh bertindak sebagai penyembuh penyakit. "Suruh makan ubat tak nak, tapi bising. Sakit itulah
.inilah," Zurina berleter lalu menghulurkan jam yang baru dibeli itu kepada suaminya.
Sufian terpinga-pinga menyambut jam pemberian Zurina. Untuk seketika pening kepalanya membaca nombor yang bermula dari kanan ke kiri.
"Buat apa pakai jam, I sakit badan bukannya nak tengok jam," Sufian membantah dengan suara meninggi.
"Ini bukan jam biasa bang, ini jam ajaib tau! Boleh sembuhkan banyak penyakit, dibuat khas untuk orang yang malas makan ubat macam abang," Zurina separuh mengusik walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.
Hari pertama memakainya Surfian rasa pening-pening dan mabuk. Tu baru tanda awal, belum tau lagi esok-esok macam mana," Zurina menjawab apabila Sufian mengadu keadaannya.
Setelah seminggu memakainya, Sufian tiba-tiba sakit kepala dan muntah-muntah. Tersembur darah berketul-ketul dari mulutnya.
"Ni semua kau punya fasal. Pakai jam untuk baik konon. Habis paru-paru aku berlubang, ini semua jam punya hal. Aku tak nak pakai benda ni," ugut Sufian.
"Tak apa nanti I tanya doktor," Zurina cuba menenangkan Sufian.
Zurina sebenarnya naik panik kerana dia tidak menduga sampai ketahap itu perubahan yang berlaku. Tergesa-gesa dia menelefon Dr. Norhisham.
"Sufian muntah darah! Ada nanah keluar dari hidung juga,"
"Darah hitam ke merah?" tanya doktor.
"Merah, berketul-ketul," terang Zurina.
"Ini petanda baik, penyakit-penyakit lama keluar," tambah doktor.
Menurut Dr. Norhisham Wahab, resdung yang dialami Sufian adalah punca utama hidungnya bernanah. "Muntah darah , menandakan terdapat benda asing dalam darahnya seperti racun, toksik daripada makanan dan ubat-ubat kimia. Kesan paling menakjubkan Sufian akan berhenti merokok selepas memakai jam ini, tengoklah nanti," kata Dr. Norhisham Wahab.
"Banyak lagi penyakit boleh disembuhkan dengan jam ini daripada masalah tak boleh tidur hinggalah penyakit kronik yang melibatkan saraf. Malah penyakit parkinson yang paling teruk pun pernah disembuhkan melalui pemakaian jam ini, insya-Allah. Apa lagi penyakit lain seperti halusinasi, saka dan gangguan jin mudah sangatlah," tambah Dr. Norhisham Wahab.
"Gangguan itu adalah benda asing yang bukan semula jadi ada dalam badan kita. Jam ini berfungsi untuk menyingkirkannya dan memulihkan perjalanan darah serta keseimbangan tenaga dalam badan," jelas Dr. Norhisham lebih lanjut.
"Saya pernah merawat seorang pesakit Parkinson yang teruk, bukan setakat anggota badan terketar-ketar tetapi lebih daripada itu. Pesakit saya ini boleh bangun menari tiba-tiba tanpa henti selama satu jam. Otaknya sudah hilang kawalan terhadap pergerakan anggota badan.
"Apabila saya pakaikan jam, dia tidak lagi terketar-ketar dan boleh mengawal pergerakan. Ini kerana jam itu telah menstabilkan sistem kelenjar dalam tubuhnya," cerita Dr. Norhisham Wahab.
Selain itu Dr. Norhisham mengingatkan cara pemakaian jam juga perlu betul kerana ia akan mempengaruhi sifat semula jadi seseorang.
Menurutnya, lelaki mestilah memakainya pada tangan kanan. Jika dipakai pada tangan kiri, lelaki itu akan berperangai seperti perempuan, emosional dan sebagainya. Namun apabila dipakaikan disebelah kanan ia akan menguatkan lagi sifat kelelakian serta membuang sifat-sifat buruk seperti panas baran, stress dan tidak sabar.
"Perempuan pula kena pakai di tangan kiri. Jika tersalah pakai dia akan berperangai lebih lelaki daripada lelaki," terang Dr. Norhisham Wahab.
Namun demikian Dr. Norhisham meletakkan syarat kepada pemakaian jam tersebut. Bagi pesakit jantung dan buah pinggang yang telah menjalani pembedahan dan pemasangan pacemaker (bateri) ia dilarang sama sekali menggunakannya.
"Jam ini telah dirakamkan dengan gelombang elekkromagnetik yang berfungsi untuk menolak benda asing di dalam badan. Dan bateri itu adalah benda asing, jadi jam ini akan mematikan fungsi pacemaker secara tiba-tiba.
"Mungkin si pemakai boleh maut jika diteruskan pemakaiannya," terang Dr. Norhisham Wahab.
|
ALGA SHOUSMA |
Artikel Mastika - No. 4
April 2004

Suami makan isteri nikmat
Abang balik makan tengahari
.ya! pujuk Maya, isteri Sofian. Sedikit terkejut dia mendengar suara manja begitu. Agak lama Sofian tidak mendengarsuara Maya selembut itu.
Masa bercinta suara itulah yang membuatkan dia tak tidur malam. Tetapi setelah beranak-pinak, jarang suara lembut itu diulangi Maya. Apahal pulak bini aku ni? Sofian bercakap sendirian tersenyum-senyum.
Namun jauh di sudut hatinya ada lonjakan untuk pulang. Kejap-kejap dia melihat jam
..10.30.
Sofian cuba mengalih tumpuannya dan buat-buat sibuk dengan kerja. Tapi fikirannya tidak dapat dialihkan daripada mengingati pesanan isterinya. Masih terngiang-ngiang suara manja Maya.
Siti batalkan semua temujanji saya hari ini, Sofian menelefon pembantunya di luar bilik. Fail-fail ditutup dan dia melangkah keluar dari biliknya. Sofian hanya menunjukkan isyarat makan ketika melintas meja setiausahanya. Spontan Siti melihat jam tanganya 11.30 pagi. Sofian faham, hanya membalas dengan senyuman.
Aii
.cepat balik bang? sapa Maya ketika menyambut kepulangan suaminya di muka pintu. Sofian tersenyum hingga ke telinga melihat isterinya.
Cantik isteri abang hari ni, Sofian memuji tanpa menjawab pertanyan isterinya.
Ah! Abang ni ada-ada je, balas Maya sambil mengangkat kasut suaminya untuk diletakkan atas rak.
Masak apa hari ni? tanya Sofian. Kegemaran abanglahhhh! jawab Maya manja. Nak tanya sikit bang
.. tiba-tiba Maya bersuara semasa mereka sedang makan bersama. Tersentak Sofian. Dadanya berdebar.
Abang pakai apa
.atau abang dah bomohkan saya? Maya bersuara tersenyum simpul.
Apa maksud Maya ni. Bomoh-bomoh abang tak mainlah, jawab Sofian."
Tapiii
..abang lain macam, lebih umpphhh dari dulu-dulu, Maya tanpa segan meluah perasaannya.
Shoushma Kamasutra
. Sofian teringatkan benda itu. Ahhh! Dia segera bergerak ke bilik. Sofian tercari-cari di dalam laci, mencapai kotak berisi botol kecil. Dia segera kembali ke meja makan, menghulurkan botol kecil berisi Shoshma Kamasutra kepada Maya yang kemudian membelek-beleknya.
Botol kecil bertutup putih berisi kapsul shoushma dan tongkat ali diteliti sungguh-sungguh. Maya membaca setiap tulisan pada kotak dan botolnya. Tiba-tiba dahinya berkerut-kerut. Dia kemudian tersenyum sambil menjeling Sofian.
Produk terbaru Dr. Norhisham ke bang? tanya isterinya. Sofian mengangguk. Maya memang mengenali doktor itu kerana dialah pencipta rawatan pelbagai penyakit melalui kaedah terapi warna di Malaysia.
Ni untuk lelaki. Dalam masa seminggu perubahannya cukup ketara. Ia bukan sahaja memesrakan hubungan suami isteri, tetapi juga emosi dan fizikal.
Yang hebatnya isteri lebih cepat merasakannya, walau suami yang pakai, kata Dr. Norhisham kepada Maya, ketika mereka bertemu doctor itu di Wisma Zelan, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Dr. Norhisham memberi jaminan Shoushma Kamasutra tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan. Yang pastinya ia mengembalikan keremajaan suami, tambahnya lagi.
Menurut doctor pakar itu lagi, shoushma dan tongkat ali merangsang kelenjar pituitary dan pineal iaitu pusat kawalan seks kerana di situlah terletaknya rahsia awet muda.
Sebiji ni
. Dr. Norhisham menunjukkan kapsul berwarna putih kepada Maya,
.boleh hangatkan hubungan dalam masa beberapa jam. Kesannya cukup pantas bagi yang lemah atau kurang beerselera. Meledak sampai dua hari!
Kalau dimakan selama seminggu ia mengubah emosi juga. Maksudnya jika dulu Sofian pemarah, panas baran, dingin, tak romantik dan tegas melulu dia akan menjadi seorang yang lemah lembut, penyapar, penyayang, romantik dan lebih hangat, kata Dr. Norhisham lagi.
Maya tersenyum simpul mendengar penerangan itu sambil membelek-belek botol kecil yang berisi kapsul putih itu. Kemudian dia mencapai pula botol yang tertulis Alga Natural Therapy for Men.
Saya rasa luar biasa sangat perubahannya, dulu tak macam ni. Itu yang buat saya terkejut, kalah pengantin baru, akui Maya tanpa segan-silu.
Itu semua perubahan positif
.tandanya jiwa sudah disuntik dengan sifat keremajaan, terang Dr. Norhisham lagi.
Sofian tidak berkata walau sepatah pun kerana dia mahu Maya dengar sendiri rahsia Shoushma Kamasutra daripada penciptanya. Dia sudah lama diberitahu oleh Dr. Norhisham mengenainya sebelum menggunakan beberapa minggu lalu.
Shoushma Kamasutra bukan sahaja dapat mengingkatkan keupayaan kelekaian tetapi untuk meningkatkan kesihatan. Banyak penyakit boleh sembuh dengan mengamalkannya secara teratur.
Shoushma dari Jepun dan campuran tongkat ali memecahkan kolesterol dan membakar gula untuk ditukarkan kepada tenaga dan meneutralkan asid urik, punca gout.
Dan bagusnya suami makan isteri dapat nikmatnya. Penyakit senggugut, migrain, keputihan yang dialami isteri akan hilang di samping lambatkan menopaus, jelas Dr. Norhisham membuatkan Maya tersenyum.
Saya buat semua ni untuk para suami tapi isteri yang beruntung, kata Dr. Norhisham.
Sebelum mereka keluar, Dr. Norhisham sempat mengusik Maya, Jangan beri Sofian makan lebih daripada tiga biji seminggu, nanti dia cari lain. Tapi you jangan gunakannya, nanti you yang jadi suami! Maya dan Sofian tergelak besar.
Mereka berpegangan tangan menuju ke kereta seperti pengantin baru yang sedang berbulan madu.
|
|
Artikel Mastika - No. 1
Mei 2002

DARA SEMULA SELEPAS BERSALIN
Oleh Nurimanah Seman
Roziah Mohamad, 33, sibuk menghidang sarapan. Suaminya yang sedang tekun membaca akhbar tiba-tiba mengeluh.
"Kenapa bang? Apa yang tak kena?" tanya Rozi.
"Awak tuuu
..ah tak apalah!" Aman tidak jadi meneruskan kata-katanya.
Selepas menghirup seteguk dua kopi, suami Rozi bergegas ke tempat kerja. Tinggal Rozi terkonteng-konteng. Terpinga-pinga dia mencari punca keluhan suaminya.
"Ah biarlah
nanti aku tahu juga," Rozi bangun meninggalkan meja makan.
Dengan langkah yang malas Rozi naik ke biliknya. Dia bersiap-siap ke studio kerana ada latihan menari.
"Aduuuhhhh
..malasnya nak pergi," keluh Rozi yang sedikit kesal kerana menerima tawran itu daripada rakannya. Tambah-tambah apabila terpandang anak kelima yang masih bayi.
"Ma! Maa
..! Bangun," dia terdengar sayup-sayup suara anak-anaknya. Rozi mengeliat, kelopak mata seperti digam, susah untuk dibuka.
Agak lama baru dia nampak, Aman rupanya, sedang duduk di birai katil. Tanpa sepatah kata dia membalikkan badan, mahu menyambung tidurnya semula.
"Kenapa ni? Dah pukul 7.00 malam berlingkar macam sawa kenyang," separuh memekik suara suaminya memecah kesunyian. Kemudian terdengar Aman merungut-rungut seperti keli di bawah banir. Luar biasa rungutannya, lalu Rozi teringat keluhan suaminya pagi tadi.
"Entahlah bang! Anak dah ramai agaknya, taklah lagi macam dulu," jelas Rozi dengan niat bergurau.
"Kalau banyak anak sekalipun, takkan nak biar saja. Awak tak sedar diri tu semakin kecut
" herdik Aman.
Tersentak Rozi. Belum pernah suaminya berkelakuan begitu selama ini. Lalu airmatanya mengalir deras. Melihat keadaan itu, Aman terus keluar bilik.
Rozi bungkam. Perlahanplahan dia muhasabah dirinya. Dia sedar 'keinginan' nya bersama Aman menurun selepas bersalin anak kelimanya.
Dia juga sedar, berat badannya tak menentu sehingga terjejas badan menggiur yang dimilikinya. Malah sejak akhir-akhir ini Rozi menghadapi masalah kencing, diserang senggugut dan macam-macam lagi. Semua keadaan itu mendorongnaya menjadi pasif terhadap suami.
"Jom akak kenalkan dengan Dr. Norhisham. Dia ada keadah rawatan untuk orang perempuan," ajak Zanariah, rakannya yang telah begitu lama mengamalkan rawatan terapi alga.
"Boleh juga, saya dah jemu dengan bermacam-macam vitamin, jamu dan krim tradisional," keluh Rozi.
Keesokannya, Rozi ke klinik Dr. Norhisham. Perbincangan selama hampir satu jam mengukuhkan keyakinan Rozi untuk mencuba minyak alga hasil usaha doktor itu.
Malam itu selepas mandi, Rozi menuangkan setitik minyak alga di hujung jari telunjuknya lalu disapukan, ditempat yang diajarkan. Kemudian setitik lagi diletakkan di bawah lidah.
Setelah tiga tahun mengamalkannya, Rozi dapat semula bentuk bdan seperti yang diinginkan, malah, kata suaminya lebih menggiurkan.
Soal keinginan tidak perlu dipertikaikan, setiap malam baginya adalah malam pertama. Minyak yang sepatutnya disapukan di bahagian 'itu' juga digunakan mengurut payu daranya.
Kini walaupun mempunyai tujuh orang cahaya mata, bentuk badan Rozi masih montok. Dan paling utama dia kembali 'dara' setiap kali lepas bersalin.
Menurut Dr. Norhisham Wahab, Pengasas Alga Natural Therapy masalah yang dialami olehy Rozi bukan sekadar hilang keinginan tapi banyak lagi, semuanya berkait rapat dengan seks.
"Segala penyakit wanita seperti kanser rahim, payu dara, migrain, gastrik dan pelupa ada kaitan dengan masalah kesuburan.
Bila sebut kesuburan ia mesti ada kaitan dengan seksual. Keadaan itu menganggu keseimbangan hormon melatonin yang mengawal perasaan kasih sayang, cinta, keseronokan dan keinginan seksual," kata Dr. Norhisham yang menemui satu keadah merawat penyakit melalui kegiatan seksual dengan hanya menggunakan alga - sejenis rumpai laut.
Tambah Dr. Norhisham lagi, mungkin ramai yang tidak percaya rawatan kepada penyakit wanita adalah berpunca daripada alat kelaminnya. Manakala untuk merawatnya juga perlu dimulakan di situ kerana wanita mempunyai tujuh kali ganda deria rangsangan seks berbanding lelaki.
"Hormon melatonin yang mengawal keinginan, keseronokan, kegembiraan, kasih sayang dan berahi akan aktif jika dirangsang. Hanya dengan menyapu minyak alga, rangsangan akan sampai ke otak yang akan menyeimbangkan hormon.
"Bagi yang tiada masalah, minyak alga ini boleh digunakan sebagai antiseptik untuk membersih dan menghilangkan bau, menghalang jangkitan kulat serta kegatalan," kata Dr. Norhisham.
Dr. Norhisham menambah, gabungan ekstrak alga yang diperolehi di perairan Perancis, Shousma (habatussauda) dan kama sutra sejenis herba dari India adalah rahsia mengembalikan kebahagian rumah tangga.
"Alga adalah makanan kesihatan yang bukan saja untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga, mengetatkan yang longgar, tapi juga dijadikan ubat seperti kaser rahim, payu dara, keputihan, senggugut, melangsingkan badan, awet muda dan membentuk kembali pinggul dan payu dara.
"Ia lebih daripada kacip Fatimah, manjakani atau akar kayu kerana khasiatnya boleh dikongsi bersama suami. Tapi jika suami yang memakainya, isteri tak dapat nikmat tersebut. Sebab itulah saya syorkan perempuan saja yang ambil.
"Malah alga lebih hebat dari itu, kesannya segera. Hari ini pakai, esok sudah dapat dirasai perubahannya, kalau yang longgar akan kembali tegang, yang dingin akan hangat semula," kata Dr. Norhisham ketawa.
Rumpai itu juga mengecutkan rahim dengan cepat, membetulkan metabolisme dan paling penting menghangatkan kembali hubungan suami isteri.
Dr. Norhisham turut mengingatkan wanita agar menjauhi makanan masam, jeruk, limau dan mengambil terlalu banyak vitamin C.
"Makanan tersebut membunuh keinginan seksual. Vitamin C memang bagus untuk kulit tapi ia tak sesuai untuk cuaca panas seperti Malaysia. Ia menjejaskan kehidupan rumah tangga seorang wanita," kata Dr. Norhisham
|
|
Artikel Majalah Perempuan - No. 1
Februari 2002 - Ruangan Seks & Perkahwinan
'Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit' - Dr Norhisham Oleh Zainora Zakaria
Perasaan kasih sayang adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Salah satu faktor utama yang menyuburkan kasih sayang adalah melalui hubungan seksual pasangan suami isteri. Hubungan seksual suami isteri yang disertai dengan perasaan kasih sayang juga adalah juga suatu rawatan semulajadi yang sediada dalam diri untuk kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual, demikian menurut Dr. Norhisham Wahab pakar pengamal perubatan 'Gelombang dan Warna' (Colour Vibration Therapy).
Kepuasan seks yang dinikmati oleh setiap pasangan ternyata mempunyai satu keajaiban dalaman seseorang. Ia mampu menghindari masalah tekanan, sakit kepala, marah, malah memberikan keceriaan dan penampilan serta rahsia awet muda.
Ketidakpuasan dalam hubungan seksual mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan perasaan, kemurungan, kedinginan, sukar tidur, mudah marah, migraine, kelesuan, tiada mood dan secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kasih sayang serta kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Dari sudut psikologi, anak yang lahir hasil hubungan suami isteri yang tidak disertai perasaan kasih sayang akan mewarisi nilai-nilai negatif seperti tidak menghormati dan mengasihi ibubapanya.
Justeru itu hubungan seksual antara suami isteri jangan diambil mudah atau dilakukan kerana terpaksa disebabkan bebanan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
"Jika salah saorang mempunyai masalah, pupuk dan rawatlah diri anda untuk menerima kenikmatan hubungan seks dengan tahap maksima kerana melalui hubungan seks anda akan menikmati kebahagian rumah tangga yang sebenarnya" kata Dr Norhisham.
Selain suami yang banyak memainkan peranan untuk membangkitkan ghairah, isteri juga turut berperanan menentukan kebahagian rumah tangga. Bukan sahaja bijak menguruskan rumah dan mendidik anak, isteri juga perlu bijak memikat suami melalui hubungan seksual dengan rangsangan yang mampu membangkitkan ghairah dan memberikan kepuasan kepada suami.
"Hubungan seks adalah kepuasan yang cukup unik bagi setiap pasangan suami isteri. Faraj dan zakar adalah bahagian organ manusia yan mudah sensitif dan terangsang. Namun jika gagal, seks menjadi hampa dan pasti ada yang kecewa dengannya malah menyakitkan wanita serta menghantui perasaan kedua pasangan untuk mengulanginya" katanya lagi yang berpendapat seks bukanlah sesuatu yang menyakitkan jika suami dan isteri tahu peranan masing-masing dalam melakukan hubungan seks.
> Tubuh sihat dengan melakukan seks. Menurut Dr. Nirhisham, dengan melakukan seks dan ketika mencapai kenikmatan yang diingini oleh pasangan, ia adalah satu cara untuk melahirkan tubuh yang sihat. "Dalam badan kita terdapat bermacam 'racun' yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru itu apabila melakukan seks baik wanita atau lelaki mereka akan menggunakan segala tenaga dalam badan ketika ingin mencapai klimaks. Jadi tenaga yang 'dibuang' itu secara tidak langsung telah membuang segala bahan dalam badan yang tidak diperlukan. Oleh itu selepas sahaja selesai melakukan hubungan seks, kita akan mendapati sakit kepala atau rasa tidak puashati atau tekanan tidak ada lagi. Dan bagi saya keadaan ini akan bertambah bertambah berkesan jika kedua-dua pasangan melakukannya dengan rasa penuh kasih sayang dan bukannya dalam keadaan terpaksa atau dipaksa" tegas Dr. Norhisham yang percaya kesihatan seseorang boleh dinilai daripada hubungan seksual seseorang.
> Alga Love Oil memberi nafas baru kepada isteri, buat suami tersenyum selalu. Apabila sistem seksual seorang wanita terganggu atau tidak stabil kerana faktor pemakanan, penjagaan kebersihan dan sebagainya, berkemungkinan besar sistem seksual lelaki akan turut mengalami gangguan, seterusnya menjejaskan hubungan seksual kedua-duanya. Oleh itu, setiap wanita perlu memastikan sistem seksualnya berfungsi dengan baik agar masalah kesihatan kedua-dua pihak dapat diatasi.
Kahadiran Alga Love Oil dengan ekstraks asli 100% alga (sejenis rumpai dasar laut yang dipertenagakan denga rakaman gelombang infrasonik - menyamai gelombang di bahagian kelenjar pineal dalam otak) dapat membantu memulihkan dan meningkatkan kepekaan sel-sel saraf di bahagian alat kelamin supaya tidak merosot dengan peningkatan usia.
Produk yang berkonsepkan kesihatan melalui seksual ini adalah yang pertama di Dunia seumpamanya dan bakal menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia untuk meningkatkan sistem immuniti, mengatasi tekanan emosi, haid tidak menentu, senggugut, keputihan, kelesuan, tekanan darah tidak normal, imsonia, memlihara rambut dan sebagainya. Ia juga berupaya membantu membaikpulih hormon kesuburan bagi membantu pasangan yang masih tidak mempunyai anak atau anak yang lahir selalu mengalami kecacatan.
Inilah hakikat kesuburan pada wanita. Adalah tidak wajar untuk terus mempersalahkan lelaki kerana kromosom XY yang dimilikinya hanya untuk menentukan jenis jantina bayi.
Selagi formula rawatan kesuburan hormon tiruan yang anda amalkan tidak dapat merangsang sistem kelenjar pineal, maka selagi itulah anda tetap tidak berjaya untuk tujuan tersebut.
Kelenjar pineal adalah terletaknya rahsia mahkota kesuburan pada wanita. Formula ciptaan terbaru ini dengan teknologi tercanggih merakam gelombang spiritual bunga-bungaan dapat merangsang kelenjar pineal.
|
|