COLOUR VIBRATION THERAPY atau terapi getaran warna adalah suatu kaedah perawatan penyakit
berasaskan sains fizik dan berkonsepkan Islamisasi ilmu yangmenilai tahap-tahap spiritual, emosional,
mental dan fizikal seseorang ke arah keseimbangan semulajadi secara tepat dan menyeluruh.Perawatan
ini dihasilkanoleh Prof. Dr. Norhisham Wahab, juga sebagai pengasas CVT, yang menumpukan keharmonian
dalam kesihatan melalui penghasilan teori-teori dan penawar yangcukup relevan di alaf baru ini.
CVT turut memperkenalkan kaedah pengesanan penyakit melalui kaedah"Applied kinesologi" - kinesologi
gunaan pada otot tangan untuk mengesan sebarangmasaalah ataujenis penyakit.
CVT juga boleh mengesan warna diri atau aura seseorang sebagai tujuan mengenalpasti level atau
tahap keperibadian yang menjelaskan ciri-ciri atau personaliti, pemikiran dan corak penghidupan. Dengan
mengenal diri, seseorang itu akan lebih bersemangat dalam kehidupan, lebih tenang dalam segala
ruang yang dilalui dan menikmati keharmonian sepanjang masa.
CVT menyediakan kaedah perawatan penyakit melalui penawar-penawar seperti Pati Bunga Aromaterapi
(Seri Wajah), Formula NW, Alga dan lain-lain. Sementara konsep mandian atau rendaman ais
(hidroterapi ais) yang diperkenalkan oleh CVT sebenarnya berilhamkan amalan tradisi yang disesuaikan
dengan lebih praktikal dan berasaskan kepada idea-idea saintifik.
Pendekatan terapeutik CVT melalui hidroterapi ais dalam rawatan pemulihan penyakit atau keharmonian diri
melalui rangsangan semula sistem kederiaan tubuh secara serentak bermula dari tahap bawahan (fizikal)
hingga ke tahap spiritual ke arah keseimbangan sebagai kaedah paling selamat dan semulajadi.
CVT sebenarnya mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan
dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik, melalui teknologi gelombang
cahaya, warna dan bunyi, membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk
tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar dan merawat
penyembuhannya melalui tenaga di bawah sedar juga tanpa mengira masa dan keadaan
RAHSIA AIR
Bismillahirrahmanirrahim...
Tidak pernah kita berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......
Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!
Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?
Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.
CVT mengajak kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?
Persidangan air sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan "kehebatannya". Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah.
Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkadung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!
Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonans (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.
Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi (Alif terbit) maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana "alam pada diri manusia" itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
"Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata".
RAHSIA HENING
Bismillahirrahmanirrahim...
Manusia yang sentiasa didalam keadaan hening, sabar dan ikhlas payah untuk dicerobohi dari pelbagai permasalahan umumnya daripenyakit ataupun stress. Ingatlah, setiap kali fikiran kita bercelaru, bimbang, tidak tenang, sistem Hypothalamus dan usus akan terganggu. Uric acid akan terbentuk, mulalah masalah awal seperti kepayahan tidur, tidur yang tak lena, tiada selera makan, pelupa, keliru, tergopoh gapah, melatah, meradang dan pelbagai lagi.
Islam mendidik kita agar hening senantiasa. Kelima-lima waktu solat itu memegang rahsia keheningan. Solat itu adalah terapi semulajadi, dari pergerakan serta penyerahan pada yang Maha Berkuasa. Apabila sahaja kepala (pineal gland) mencecah bumi sewaktu sujud, maka tercetuslah hormon melatonin dari kelenjar Pineal. Rahsia pergerakan solat itu sendiri adalah konsisten yang boleh mengakibatkan resonans terjadi, pergerakan berdiri, sujud dan rukuk yang menyebabkan terjadinya tenaga membujur dan melintang! Inilah dia terapi semulajadi....
Hening adalah rahsia Sabar, Ikhlas dan Redha. Hening juga memegang rahsia Nitrogen yang juga memegang rahsia cahaya bulan (rahsia putih). Apabila amalan ini menjadi kebiasaan, maka seseorang itu kita dapat melihat begitu tenang dalam apa hal sekali pun, tidak gopoh, tidak keliru dan senantiasa "cool". Itulah rahsia Nitrogen yang sejuk.......
RAHSIA CAHAYA
Bismillahirrahmanirrahim...
Rahsia CAHAYAdlm waktu solat
Dunia diantara dua cahaya atau sempadan warna,sebenarnya diukur dlm islam sebagai peralihan waktu sembahyang.Waktu²
peralihan ini adalah permulaan cahaya² baru dgn warna mulai terbentuk.Penyembuhan atau penyakit paling aktif akan berlaku akan
berlaku di sempadan warna ini.Percayalah masih banyak lagi misteri dlm peralihan waktu cahaya ini.Oleh itu WARNA adalah kuasa
rawatan yg amat relevan & paling menyeluruh kerana tubuh kita diselubungi dan dipenuhi dgn tahap² meridian kuasa WARNA yg paling
menakjubkan.
CAHAYA menghasilkan tenaga tekanan apabila berlaku pertembungan udara panas dan lembab dgn udara sejuk dan kering.cahaya
ada gelombang elektrik dan dlm cahaya ada warna.Setiap kali azan(masuknya waktu solat)atmosfera akan menjadi sejuk dan gelombang ini akan menyebabkan satu tekanan rendah berlaku(terjadinya getaran).
Peralihan waktu solat adalah permulaan peralihan gelombang baru atau cahaya² baru dgn warna mulai terbentuk.Melengah-lengahkan waktu solat akan mendedahkan seseorang kepada tekanan rendah yg boleh menjejaskan aktiviti sel.
CARTA PERALIHAN WARNA/WAKTU SOLAT
Peralihan Warna
Waktu Solat
Maksud Warna
Biru Muda
Subuh
Penawar/Komunikasi
Kuning
Zohor
Ceria
Oren
Asar
Kreatif
Merah Hati
Maghrib
Keyakinan
Indigo(kegelapan)
Isyak
Ketenteraman/Kedamaian
Inilah rahsia mengambil wudhuk lima kali sehari yg bertepatan dgn konsep basah dan kering secara berulang-ulang bagi mengimbangi wap-wap air di persekitaran tubuh dan di waktu inilah perlu diambil kesempatan atau dijadikan amalan untuk rawatan pelbagai penyakit misteri dan kronik.
Misteri CAHAYA
Bismillahirahmanirrahim...
Cahaya merupakan tenaga spektrum yang sangat luas yang boleh dilihat. Mata yang difokuskan untuk melihat cahaya akhirnya menerima refleks tenaga untuk keperluang sel tubuh.
Frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh mata kasar bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm). Sebaliknya spektrum warna yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-ungu, infra-merah, gamma dan sinar-X. Warna-warna yang amat laju ini tidak sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka bumi ini.
Setiap unsur kimia di dalam tubuh dan di atas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna. Dalam tubuh manusia, warna memainkan peranan sebagai penyeimbang sel untuk penyembuhan.
Walaupun frekuensi setiap spesis sel berlainan tetapi aliran homeostatik bergetar dalam aliran yang setara 54 ke 72 mikro amp. Aliran yang konsisten ini akan memelihara tahap kesihatan yang maksima.
Semua unsur kimia dengan struktur atomnya yang longgar dengan sendirinya menyumbang kepada penyakit dan akan bergetar pada frekuensi yang tidak konsisten.
Apabila pengimbang tenaga CVT diambil melalui reseptor kulit muka, pineal akan mula menganalisa untuk menerima dan menghubungkan semula tenaga yang diterima ke bahagian yang lemah (tidak seimbang). Bahagian yang lemah boleh diuji di bahagian titik akupuntur dengan alat penguji pengimbang tenaga rintangan elektrik. Ujian keseimbangan tenaga menunjukkan ianya menjadi seimbang serta-merta.
Tenaga cahaya warna
Cahaya dan warna adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnetik yang peka pada mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada spektra tenaga yang membolehkan kehidupan di bumi berterusan.
Secara ringkasnya, cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran ukuran dan jarak gelombang. Warna yang terpancar bermula dari gelombang jarak jauh ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek ukuran tinggi.
Cahaya putih adalah campuran daripada beberapa banyak jenis gelombang warna dan apabila melintasi prisma akan terpecah kepada warna-warna pelangi. Ini adalah kerana setiap gelombang itu diserap dari sudut yang berlainan.
Cahaya ungu gelombang jarak dekat berukuran tinggi dan indigo adalah warna sejuk. Ia merupakan warna yang mempunyai daya getaran yang amat pantas. Dengan daya penerapan yang berpotensi tinggi, warna-warna ini mempunyai keupayaan untuk mengawal aktiviti otak dan sistem saraf.
Ukuran rendah gelombang jarak jauh infra merah, merah dan jingga adalah warna bumi yang panas yang mengawal getaran tahap bawahan.
Setiap elemen kimia dan benda-benda di dunia ini mempunyai ciri-ciri rajah tenaga warnanya tersendiri dan berkaitan dengan frekuensi warna yang diperlukan untuk menyeimbangkan tenaga aliran tubuh.
Formula Colour Vibration Therapy bergetar atas frekuensi warna yang tertentu untuk membentuk keseimbangan secara serta-merta pada bahagian-bahagian yang sakit (tidak seimbang).
Daripada kajian yang dijalankan oleh Dr Norhisham Wahab didapati ujudnya hubungan di antara cahaya matahari, bunga dan warna. Secara teorinya semua hidupan di bumi ini bergantung hidup kepada cahaya matahari. Semua tumbuhan- tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Tumbuhan ini kemudiannya menjadi sumber makanan kehidupan bagi binatang-binatang. Tanpa cahaya matahari maka kesemua tumbuhan di bumi ini akan musnah dan akibatnya semua binatang yang bergantung hidup kepada tumbuhan juga akan musnah.
Cahaya matahari bukan sahaja memancarkan cahaya untuk proses chlorophyl pada tumbuhan tetapi juga memancarkan tenaga warna pelangi (cosmic rays) yang dapat di "serap" oleh tumbuhan.
Pada zahirnya cahaya matahari adalah berwarna "puteh" dan dapat dibuktikan dengan prism bahawa ianya mengandungi tujuh warna (warna pelangi). Setiap daripada warna ini mempunyai frekuensi yang tersendiri dalam ukuran nanometer (nm) dan menguja tenaga getaran. Bunga-bungaan yang berbagai warna juga didapati mengeluarkan tenaga getaran pada frekuensi yang bersamaan dengan warna bunga tersebut. Bagaimanapun bunga yang mempunyai 5 kelopak menghasilkan tenaga gelombang yang paling tinggi berbanding dengan bunga yang mempunyai 3,4,6 atau 7 kelopak.
Dalam kaedah Colour Vibration Therapy, tenaga gelombang yang ujud dalam bunga 5 kelopak ini diperangkap dan dikekalkan melalui kaedah saintifik kedalam glukos. Hasilnya ialah tablet glukosa yang dipanggil Natural (Color Vibration) Wave atau ringkasnya NW dan pati minyak Aromatherapy
Bagaimana Mengesan Kehadiran Hantu?
Bismillahirrahmanirrahim...
Hantu mempunyai gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar. Ini biasanya dihasilkan oleh geteran hablur-hablur seperti hablur kuartza. Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar. Atas rasional ini adalah agak malang bagi pengemar batu-batu permata yang menyimpan batu permata yang berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan yang rendah.
Dari segi Fizik, susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin. Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan seperti memerangkap tenaga asing. Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif. Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.
Orang-orang di Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai "Drakula" dalam lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb. dan 17hb. setiap bulan.
Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian memerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna). Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia. Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.
Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.
Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini.
Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini. Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan sebenarnya dapat mencipata kelajuan seperti diatas.
Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat ini. Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam. Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.
Garam atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba. Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesn oleh organ pendengarn manusia. Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.
Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah. Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunug berapi berkenaan.
Ayat Kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan. Iblis iaitu bapa segala jin dengan kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi was-was atau ragu-ragu dalam mencari ketenangan.
Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau. Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini. Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.
Hijau adalah warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan kejahatan ini. Warna hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air dengan PH 7.5 yang neutral akan dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.
Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu? Frekuensi hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya. Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan. Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran tersebut akan dikenalasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi, tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.
Kehadiran unsur asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.
Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara pengkebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing. Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-objek tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan rendah yang menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga mempunyai gelombang atau frekuensi dalam tekanan yang rendah. Tidak hairanlah sekiranya para bomoh yang hendak menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong untuk menghasilkan bunyi. Botol-botol kosong ini sebenarnya telah mewujudkan satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah memerangkap unsur-unsur negatif ini melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang penuh tenang dan tidak gementar.
Proses rambatan gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan pemampatan molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan tekanan di kawasan yang terlibat. Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan dengan gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik keseimbangan yang harmoni untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.
Penyingkiran Tenaga Asing
Sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.
Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mantian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.
BERMAIN WARNA DAN GETARAN
Bismillahirrahmanirrahim
Bermain Warna dan Getaran
Mengenali warna diri(AURA), sebenarnya anda mula mengenali personaliti anda yang sebenar Dr. Norhisham Wahab.
Bolehkah kita merawat penyakit dengan warna? Persoalan ini sudah lama bermain difikiran saya. Kebetulan pula mendapat jemputandaripada Dr. Norhisham Wahab yang mempunyai Klinik Colour Vibration Therapy, ini bermakna segala kemusykilan akan terjawab. Seperti yang telah saya duga setelah menghabiskan hampir 2 jam bersama, jawapan yang saya cari akhirnya saya temui.
"Memang benar warna boleh menjadi penawar paling mujarab," tegas Dr. Norhisham Wahab ketika saya mengajukan soalan pertama. Walaupun sukar difahami namun sedikit sebanyak penjelasan beliau telah berjaya menyingkap pelbagai rahsia warna yang selama ini tidak banyak diketahui umum.
Bermain dengan warna-warna alam bagi Dr. Norhisham bukan sekadar terpesona dengan keindahannya malah warna-warna ini terutamanya yang diperolehi dari bunga-bungaan telah berjaya menemukannya dengan formula yang dianggap rasional dan releven berkisar tentang kehidupan seharian di dalam Colour Vibration Therapy.
"Saya menghabiskan lebih tiga tahun untuk membuat kajiselidik sehinggalah saya bertemu dengan formula yang benar-benar sesuai untuk dijadikan perubatan alternatif kepada manusia. Perubatan Colour Vibration Therapy telah melalui satu kajian yang cukup menyakinkan dengan menggunakan konsep warna dan getaran dan telah diterima pakai dengan cukup jayanya dalam masyarakat barat terutamanya di Jerman.
"Oleh itu saya berhasrat mendidik masyarakat di dalam ilmu perubatan ini agar ia menjadi amalan untuk mengubati diri sendiri yang dianggap biasa tetapi ia amat diperlukan untuk menjamin sistem penjagaan kesihatan kekeluargaan agar lebih sempurna," katanya menerangkan tujuan dan matlamat pembabitannya dalam bidang yang dianggap baru di negara ini.
Memang sukar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh Dr. Norhisham. Bercerita tentang halusinasi, kronik dan penyakit biasa yang seringkali menjadi wabak dengan proses perawatan menggunakan warna-warna alam semakin membingungkan. Menurutnya dengan klinik yang dibuka dia boleh mengesan penyakit didalam tubuh manusia hanya dengan mengetahui kekuatan warna seseorang. Ia dilakukan dengan sentuhan tangan pesakit kepada sekeping kad atau kertas berwarna.
"Apabila anda hendak mengenali diri anda, anda dinasihatkan bermula dengan mengenali konsep warna dalam kehidupan. Mengenali warna diri, sebenarnya anda akan mula mengenali personaliti anda sebenar. Anda juga boleh mengetahui kelebihan, kekurangan, masalah kesihatan, ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikit, perasaan, semangat, kelakuan dan tindak tanduk anda yang berkait rapat dengan inspirasi warna.
"Umumnya ramai menyukai warna-warna tertentu sebagai kegemarann tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang dilaluinya," kata beliau.
( Aromaterapi seri wajah )
Berilhamkan amalan mandi bunga
Bercerita tentang pembabitannya dalam bidang Colour Vibration Therapy, menurut Dr. Norhisham, segalanya bermula dengan tidak disengajakan.
Beliau yang berkelulusan Sains Fizik dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, tujuan awal kajiannya ialah mengenai nutritions dan kesannya terhadap pemakanan. "Asalnya saya mula mengkaji tengang perubatan ini bersama pakar pemakanan mengenai tabiat pemakanan herba."
"Setelah bosan dengan pengalaman rakan-rakan di dalam bidang perubatan yang masih tidak dapat mencari kesimpulan kenapa ada penyakit yang tidak sembuh hingga akhirnya membawa mereka kepada perubatan tradisional terutamanya bomoh, saya akhirnya bertekad untuk melakukan kajian bersama beberapa pakar dari Jerman," katanya.
Menurut Dr. Norhisham banyak tenaga, masa dan wang ringgit dihabiskan namun dia puas kerana akhirnya dia menemui sesuatu yang selama ini tidak pernah terlintas di fikirannya.
Berilhamkan amalan mandi bunga, Dr. Norhisham kini berjaya mengadaptasikan amalan berkenaan kepada bentuk yang lebih moden dan sesuai untuk semua peringkat manusia.
"Saya cari formula kaedah mandi bunga dengan cara lebih moden dan saya berhasil. Inilah buktinya" kata Dr. Norhisham sambil menunjukkan pati aromaterapi yang dihasilkan.
"Aromaterapi yang dibuat dari pati bunga dan pati tumbuhan bertindak sama seperti perawatan mandi bunga yang dilakukan oleh para dukun dan bomoh".
"Ingat lagi cerita mandi bunga dan nila yang disapu di pipi bila kita kena beguk. Sebenarnya warna biru merupakan warna penyembuh. Begitu juga dengan warna kuning seperti kunyit, oren dan emas. Emas itu boleh meneutralkan asid. Sebab itu orang perempuan digalakkan memakai emas," ceritanya cuba menerangkan peranan warna yang tidak diketahui ramai.
"Saya juga telah berjaya mengeluarkan produk hasil dari kombinasi formula yang dicipta untuk merawat penyakit berdasarkan warna-warna yang ditemui dari bunga-bungaan".
"Kaedahnya mudah iaitu dengan menggunakan konsep pengubahan tenaga dengan memerangkapnya kedalam minyak pati bunga aromaterapi yang mudah meresap ke kulit manusia".
"Kita menggunakan kulit sebagai perantara utama kerana kulit diakui sebagai reseptor terbaik untuk menghantar mesej ke pineal (otak). Pineal bertindak sebagai prisma atau berlian bercahaya memecahkan getaran itu kepada berbagai warna dengan frekuensi-frekuensi yang berbeza yang akhirnya akan mengembalikan tubuh badan kepada keadaan normal," jelas beliau lagi.
Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami
Dunia penuh dengan pencemaran. Berbagai bencana yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan tetapi sesuatu yang mengkagumkan dalam jangka masa yang singkat tumbuh-tumbuhan dengan suatu kuasa yang penuh bertenaga mampu terus hidup. Ini ialah cara semulajadi untuk mengembalikan keseimbangan.
"Itulah satu kekuatan yang ada pada tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber imuniti bagi menghadapi pencemaran dan masalah alam sekitar. Jadi saya memanafaatkan tumbuh-tumbuhan sebagai penyelesai bagi kekurangan imuniti yang menjadi punca penyakit kepada seseorang".
"Umpamanya bunga-bunga kecil yang tumbuh meliar di kawasan ergunungan atau tanah tinggi mempunyai getaran tenaga yang amat kuat untuk menyesuaikan atau mengembalikan tahap spritual seseorang kembali normal. Tenaga itu pasti mempunyai getaran di mana geteran itu ditentukan oleh warna sebagai ukuran ketepatan bagi keperluan tenaga yang harus diganti semula".
"Tenaga Colour Vibration Therapy ini dicipta daripada tenaga tumbuh-tumbuhan yang dimanfaatkan daripada matahari dan cahaya balikan daripada bulan. Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami. Rendamkan kedalam air untuk merakamkan tenaga yang akan dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang. Tenaga getaran bunga yang sudah dipindahkan ke dalam air itu amat berkait rapat dengan misteri mandi bunga yang menjadi amalan berbagai budaya di seluruh pelusuk dunia," katanya lagi.
Menurut beliau Colour Vibration Therapy merupakan salah satu cabang perawatan Hameopati. "Saya percaya satu tahap nanti masyarakat di dunia ini tidak lagi akan merasa pelik dengan pelbagai jenis penyakit dan kaedah perawatannya," tambahnya lagi.
MEMULIH GANGGUAN DALAM BADAN
Bismillahirrahmanirrahim....
Setiap keluhan penyakit menunjukkan ketidakseimbangan tenaga di dalam diri manusia dan persekitarannya. Untuk penyembuhan bererti ketepatan diperlukan bagi mencari sasaran kawasan yang mengalami ketidaksembangan atau ketidakselarasan tenaga dan perlu digantikan dengan frekuensi tenaga sebenar.
Kekuatan formula Terapi Getaran Warna (CVT) berupaya meniru,merakam,menyerapdanmemerangkap semula frekuensi tenaga persekitaran atau unsur kehidupan ke dalam bentuk getaran cahaya pada kadar dosis yang amat rendah, kecil dan halus sehingga boleh mencapai dan menyamai frekuensi tenaga dalam pecahan-pecahan zarah yang berkitar didalam tubuh manusia.
Kekuatan tenaga yang sebenarnya terletak pada kelajuan frekuensi sehingga tiada bandingan ukuran. Inilah yang memegang dan menguasai tahap atasan atau bahagian kerohanian seperti spiritual, emosi, fizikal dan mental. Sebenarnya perkara meniru, menyerap, merakam dan memerangkap gelombang tenaga cahaya adalah perkara yang sukar diterima akal.
CVT percaya jika ubat masih mempunyai kandungan kimia, ia pasti akan meninggalkan kesan sampingan bagi setiap unsur. Kimia yang menyerap kimia akhirnya bertukar menjadi racun.
CVT memegang prinsip, tubuh manusia adalah kesatuan tenaga yang mempunyai keajaiban dalam suatu kuasa ghaib yang amat sukar diukur, dilihat, dirasa tetapi mempunyai ukuran tersendiri.
CVT mempunyai teknik mengenalpasti latar belakang pesakit dengan melihat kepada aspek keseluruhan seperti,
Tahap psikologi dan personaliti.
Pola hidup.
Pola tidur.
Persekitaran dan kedudukan rumah.
Pengalaman atau kejutan lama.
Kemalangan lama yang dilupakan.
Faktor cuaca.
Ransangan tenaga berlebihan.
Keluhan dan tekanan berterusan.
Jenis rawatan lama dan terdahulu.
Corak dan masa kesakitan.
Suhu tubuh di bahagian luar dan dalam.
Amalan pemakanan.
Alahan atau amat sensitif.
Cara buang air besar atau kecil.
Gejala atau kesan.
Keturunan.
Hubungan seksual suami isteri.
Warna, rumah dan bilik tidur.
CVT menganggap kuasa atau tenaga rawatan disifatkan sebagai anggota tubuh pada setiap organ itu sendiri. Contohnya, jika hati yangrosak atau sakit, maka hati itu akan bertindak sebagai jentera canggih yang akan merawat sel di dalam tubuhnya. Organ lain yang berkaitan perlu diberi ransangan serentak agar ia dapat berfungsi. Dalam hal ini rawatan itu sendiri harus menyeluruh.
Penyakit yang dikatakan racun itulah juga penawarnya. Untuk menjadikan racun sebagai penawar maka dosisnya perlu diperkecilkan untuk mewujudkan getarannya saja. Menutup atau menyelimuti bahagian yang sakit supaya tidak terdedah kepada udara dan gelombang buruk akan mempercepatkan lagi rawatan dan mengurangkan kesan tidakbalas sebelum penyembuhan sepenuhnya.
Penggunaan getaran tenaga Seri Wajah dengan konsep hidroterapi tidak menganggu atau memberi kesan tindakbalas kepada bahagian tubuh yang sihat. Ini bermakna, mereka yang sihat akan menjadi imun kepada getaran yang tidak diperlukan. Rawatan getaran tenaga atau Aroma Therapy Vibration hanya memberi kesan kepada tubuh yang mengalami gangguan ketidakseimbangan tenaga dalaman saja.
AROMA DAN RAWATAN TENAGA LUAR
Aromatherapy/Seri Wajah/Point Zero dgn rawatan Tenaga Luar
Rawatan Aromatherapy dengan kaedah hideroterapi memberikan kesan teraupatik yang sangat efektif. Penyakit seperti halunisasi, migraine, pemarah, terkena gangguan tenaga luar, murung, insomnia, histeria dan pelbagai jenis penyakit dapat dipulihkan sepenuhnya dalam masa yang singkat.
Ramai pesakit yang terkena gangguan tenaga luar dan penyakit Parkinson telah berjaya di pulihkan dengan rawatan ini.
Kelebihan dan khasiat Aromatherapy
Memulihkan anda dari gangguantenaga luaran* jika ada
Mengembalikan seri pada wajah dan menjadikan anda lebih ceria
Menjadikan emosi dan perasaan anda lebih terkawal
Menjadikan fikiran dan perasaan anda lebih tenang
Menjadikan anda dapat menghadapi sesuatu situasi kecemasan dengan tenang dan dapat menerimanya sebagai takdir
Memulihkan tenaga pelindung dalaman anda
Mengembalikan & mengekalkan wajah keceriaan
Mengharmonikan kehidupan kekeluargaan anda
Menjadikan anda lebih berkeyakinan & confident
Melindungi & memelihara kulit anda daripada pancaran matahari
Membersihkan kulit muka anda dari minyak yang berlebihan
Melambatkan proses penuaan muka & kulit
Mengimbangi berat badan dengan mengawal hormon DNA
Mengekalkan susuk badan & kerampingan
Melancarkan peredaran darah & memecahkan lemak
Bertindak dengan cepat & berkesan dan tiada kesan sampingan
Cara penggunaan Aromatherapy
Isikan air mentah kedalam bekas yang sesuai
Campurkan beberapa ketul ais
Titiskan 1 titis sahaja Aromatherapy
Basuh seluruh muka seperti dalam wudhu
Lebih baik jika dibuat mandian (gunakan bekas air yang besar seperti baldi)
Ulangi untuk 7-40 malam berturut-turut
Perhatian:Mandian Aromatherapy AIS perlu dilakukan pada waktu malam sahaja,kecuali menggunakan lampu ULTRAVIOLET barulah ianya sesuai dibuat mandian pada waktu siang hari...
Bagi memutuskan kuasa sihir dan rasukan yang kronik sila hubungi Pengamal Profesional yang terdekat dengan anda.
Aroma Pati Bunga Ros Putih Seri Wajah(Point Zero )
Bismillahirrahmanirrahim...
Rahsia Aroma SW ini telah dirakamkan ataupun dipertenagakan dengan frekuensi teramat rendah (3Hz) yang juga rahsia bagi cahaya bulan serta memegang rahsia kepada titik kekosongan(point zero).Ia melibatkan beberapa campuran yang lain umpama Lavender, Orange dan Peppermint untuk penyucian dari segala kekotoran jasad dan lebih-lebih lagi kepada kerohanian.Adalah si pemakai harus berhati-hati jika ada memakai "susuk" atau mengamalkan ilmu yang "negatif" kerana Insyaallah, dengan sendirinya, segala "benda" dan amalan (negatif) akan ter-neutral secara sendirinya. Itulah rahsia gelombang frekuensi teramat rendah,bertekanan tinggi.....
Apabila seseorang itu dalam kepayahan menghadapi sakaratul maut, sehingga kulit berbekas (melekat) pada alas tubuh, ada kemungkinan besar ilmu yang beliau amalkan telah menyebabkan jisim si pesakit tadi dan masa tidak sekata. Bererti ada sesuatu yang menghalang jisimnya mengikut kepadaketetapan masa iaitu mati...
Dengan penggunaan Aroma SW, titiskan ke dalam segelas air, titiskan ke dalam mulut si pesakit sambil di usapkan kelima-lima deria wajahnya secara konsisten setiap 10 min, Insyaallah, si pesakit jika tidak mendapat keseimbangan kesihatan, beliau akan "pergi" dengan tenang....Insyaallah....!
Selain itu, ia amat baik dibuat minuman (Aroma SW) sebagai pencegahan dari keracunan, boleh dibuat semburan di dalam rumah agar menyeimbangkan gelombang-gelombang, juga meneutralkan segala gelombang negatif. Sapuan pada deria (wajah) sebagai amalan setiap hari adalah amat baik sekali. Kombinasi Aroma SW dan Garam Kristal sebagai "benteng penyerapan gelombang negatif" adalah yang paling terbaik.Kotak Aroma Seri Wajah ini juga ada menyimpan rahsia yang tersendiri.Mengapa Professor bersusah payah meletakan botol Aroma Seri Wajah ini ke dalam kotak yang berbentuk piramid..?!
Piramid ada memegang rahsia cahaya dan kekuatan pengawetan yang luar biasa.Ia bagaikan misteri yang tersimpan begitu lama sehinggalah diterokai saintis-saintis hingga ke hari ini.Yang meyakinkan para saintis ialah penemuan mumia-mumia "Firaun-Firaun" (Remesis) yang terpelihara dari zaman nabi Allah Musa a.s. Sememangnya ada firman Allah yang menyebut bahawa mumia-mumia firaun ini akan dipelihara (tidak rosak) sebagai tanda peringatan bagi manusia sejagat. . Selain dari rahsia pengawetan yang menghairankan para saintis, merekatersangat kehairanan kerana didalam keadaan suasana yang begitu panas di luar piramid tadi, ada rekahan titisan air mengalir ke dalam piramid itu.Terdapat di tengah-tengah "perut" piramid itu terdapat satu kolah yang dibina firaun bagi mandian Cleopatra, wanita tercantik, awet muda pada zaman itu. Istilahnya, piramid memegang satu rahsia pengawetan yang sangat luarbiasa, itulah ilmu Allah yang patut kita dalami dan jika boleh menguasainya... Boleh???
Walau apa sekali pun, haqiqatnya, rahsia piramid itu adalah rahsia manusia kerana manusia adalah spektrum cahaya dalam susunan piramid.(Sila rujuk "Manusia ada warna AURA"?..saya akan keluarkan artikelnya nanti..!! )
Aroma Pati Bunga Ros Putih Seri Wajah Pati bunga Aroma Seri Wajah dirumuskan khas buat kegunaan seharian pada bila-bila masa sahaja. Ia mengandungi adunan yang sesuai buat rawatan Aroma(bau-bauan) yang teramat sesuai bagi perawatan dari tahap Spiritual,Emosi, Mental serta Fisikal sesaorang itu. Ia dirembeskan dengan pelbagai adunan campuran Oren, Lavender serta Peppermint untuk mencapaikan maksud perawatan tadi. Yang paling unik adalah gelombang frekuensi teramat rendah (3 Hz) yang dirakamkan yang memegang rahsia keheningan,rahsia cahaya bulan(putih - rahsia Nitrogen(sejuk)),rahsia Ros Putih serta memegang kunci tekanan tinggi.
1. Sebagai peneutral dari radikal bebas, halusinasi, pemarah, keliru,keracunan, pelembab muka setelah menggunakan Tea Tree Facial Washer. 2. Sebagai mandian bilasan dengan campuran sedikit ais di dalam baldi untuk melerai segala radikal bebas dan penyakit. 3. Sebagai Seri Wajah semula jadi tanpa penggunaan jampi serapah. 4. Sebagai kekuatan sistem immune dan keseimbangan sel-sel tubuh. 5. Sebagai semburan di dalam rumah dari gelombang negatif (jika terbau sesuatu yang terbakar/hangit, jangan ditegur). 6. Sebagai pemangkin pada tahap hening dan keceriaan diri. 7. Sebagai minuman buat mencegah keracunan. 8. Sebagai penyerap gelombang negatif dan boleh disatukan dengan garam kristal (kasar). 9. Amat baik sekali buat anak yang tiba-tiba menangis(terjaga) dari tidur pada waktu malam dan bagi yang terkena gangguan "kerohanian/sprititual" dan juga bagi mereka yang ada masalah "saka". 10. 1001 macam kegunaan lain.
Hubungi Pengamal Profesional yg terdekat anda untuk mengetahui penjelasan dan maklumat lanjut...
**Bagi memutuskan kuasa sihir dan rasukan yang kronik sila hubungi Pengamal Profesional yang terdekat dengan anda.
WARNA/PERISAI DIRI
Bismillahirrahmanirrahim...
WARNA DIRI - PUTIH, MERAH JAMBU, HIJAU, BIRU
( warna aura sekeliling tubuh diambil dgn 'kamera kirlian' )
Samada kita sedari atau tidak, terdapat jaluran tenaga elektromagnet yang melingkungi (menutupi) disekeliling tubuh manusia. Tenaga elektro magnetik ini berbeza-beza pada paras gelombang yang tertentu dalam ukuran nanometer (nm). Tenaga elektromagnetik ini juga dikenali sebagai perisai diri atau aura. Ia bertindak melindungi diri sesaorang sepertimana lapisan ozon memelihara bumi dari pancaran cahaya alpha, beta dan gamma.
Terdapat 4 warna perisai diri, iaitu Puteh, Pink, Hijau dan Biru. Setiap orang hanya mewarisi satu sahaja warna aura dan aura ini kekal dengan sesaorang itu sehingga akhir hayatnya.
Daripada warna aura, kelemahan atau kelebihan sesaorang itu dapat dikenalpasti. Bagi sesaoarang yang tidak mengalami sebarang penyakit spiritual, mental, emosi dan fizikal maka gambar auranya hanya akan menunjukkan satu warna sahaja.
Melalui gambar aura penyakit atau kelemahan pada anggota sesaorang itu dapat dikesan. Frekuensi getaran yang melingkungi tubuh kita menggambarkan hal keadaan organ-organ dalaman kita.
Bagi sesaorang yang mengalami kesakitan pada organ-organ tertentu dalam tubuhnya maka aura nya akan menunjukkan kesan-kesan ini dengan warna yang tidak seimbang pada aura nya seperti dalam gambar di sebelah ini.
Anda boleh mengambil gambar aura untuk diri anda di kedai kristal.
Mengapa penting mengetahui warna diri? Mengetahui warna diri penting kerana dari warna diri inilah kelemahan kita dapat diketahui. Dengan mengetahui kelemahan inilah kita boleh mengetahui penyakit-penyakit yang boleh kita hidapi. Dengan mengetahui penyakit-penyakit ini, kita boleh mengambil langkah pencegahan.. Ringkasan Secara asasnya, warna pelindung diri (Aura) boleh diketahui dengan lebih jelas dengan merujuk kepada symptom kelemahan yang disenaraikan mengikut warna masing-masing. Selain dari itu, penyakit minor atau major juga boleh digunakan. Kombinasi penyakit minor atau major dan symptom kelemahan menjadikan pengesahan warna diri lebih tepat. Ini kerana setiap jenis penyakit major lebih khusus untuk golongan warna tertentu sahaja. Teknik Applied Kinesiology mengesahkan ringkasan di atas dan juga sebaliknya. Elakkan memakai warna alahan, terutama di waktu siang kerana warna alahan ini menambahkan kelemahan/penyakit yang sedia ada. warna diri dan warna alahan: putih alahannya merah dan hitam ( org level SPRITUAL/ANGIN ) merah jambu alahannya hijau ( org level EMOTIONAL/API ) hijau alahannya kuning ( org level MENTAL/AIR ) biru alahannya merah ( org level FIZIKAL/TANAH )
untuk mengetahui di mana level anda dan warna AURA anda..ujian kinesiologi oleh Pengamal CVT dapat membantu..
**Peliharalah diri anda dari kebocoran warna AURA anda...warna aura dapat melindungi diri dari segala serangan luaran dan dalaman baik dari unsur nyata atau dari unsur ghaib
MANUSIA ADA WARNA AURA
Bismillahirrahmanirrahim..
Di sini saya turunkan sedikit nota untuk tahap pemakanan dan sedikit punca psikologi bagi semual level.
saya masih berusaha untuk menyusun secara menyeluruh kesemua segi dari aspek kerjaya,psikologi,kelemahan atau mungkin kelebihan
dan juga dari aspek keperluan kerohanian semua level spiritual,emosional,mental dan juga fizikal,sebelum saya ceritakan ttg
PASANGAN HARMONIK melalui aspek keempat2 level di atas..!!
Nota lepas :- ( boleh rujuk manusia ada warna AURA..? )
putih alahannya merah dan hitam ( org level SPRITUAL / NITROGEN / ANGIN ) - No Atom (7) merah jambu alahannya hijau ( org level EMOTIONAL / OKSIGEN / API ) - No Atom (8) hijau alahannya kuning ( org level MENTAL / HIDROGEN / AIR ) - No Atom (1) biru alahannya merah ( org level FIZIKAL / KARBON / TANAH ) - No Atom (6)
level
keperluan pemakanan
keperluan pemakanan
punca kelemahan
organ pembersih
Formula punca
penawar
jangan berlebihan
fisiologi
psikologi
kismis
glukosa
gangguan kelenjar
kulit
NW 1
kekeliruan
spiritual
buah korma
bawang putih
utama pineal
sistem imun
NW 20
lada putih / lada hitam
( Otak )
vitamin c
karbohidrat
gangguan
paru-paru
NW 4
debaran
emosi
orange
lemak
pernafasan
pembekalan tenaga
buah-buahan
buah korma
tahap kolestrol
sayur-sayuran
tinggi
buah-buahan
air
gangguan
buah pinggang
NW2
resah
mental
sayur-sayuran
protein
penghadaman
penapisan
vitamin A,D,C
B1,B2,B6,B12,E
program pH alkali
mineral
usus besar
usus besar
NW 8
tekanan
sayur-sayuran
bawah merah
sensitif
pembersih
mendalam
bijirin
jintan hitam
sampai
fizikal
madu
kalsium
ke dasar
fosforus
perasaan
magnesium
tembaga
iodin
besi
mangan
zink
Bagi yg masih belum mengetahui level diri / warna AURA diri...anda boleh berjumpa pengamal CVT yg terdekat anda...!!
MENYEIMBANGKAN TENAGA DALAM
Bismillahirrahmanirrahim...
Tahukah anda tubuh manusia memendam getaran warna? Proses kebocoran warna serta lambang seumpama pelangi juga terjadi pada manusia.
Pengkaji Barat kerap mengaitkan warna dengan personaliti manusia tetapi warna mempunyai hubungan dengan tahap identiti kesihatan seseorang. Kebocoran warna pada tubuh manusia boleh dikesan menggunakan kamera gelombang jarak jauh. Seseorang yang berpenyakit akan memperlihatkan warna atau aura yang pudar atau malap, tiada cahaya atau sinar pada warna berkenaan sebaliknya warna mati atau tua serta pasif yang dapat dilihat.
Jika kebocoran warna pada tubuh manusia itu tidak ditutup atau dicuci atau diseimbangkan, maka penyakit yang dihidapi seseorang itu akan berlanjutan atau berulang jika kaedah rawatan biasa digunakan.
Kelemahan diri anda dapat dikenal pasti sehingga ke puncanya melalui getaran menutup dan menyeimbangkan tenaga ditahap cakra yang tertentu sebagai pertahanan, pencegahan dan penyembuhan.
Warna luaran yang pudar membuktikan ketidakseimbangan tenaga dalaman yang bocor. Tenaga dalaman yang sepatutnya memberikan kestabilan pada tubuh terpaksa keluar disebabkan perubahan kimia yang bergetar secara tidak terkawal.
Ketidakseimbangan inilah yang akan membenarkan tekanan gelombang rendah menyerap masuk atau satu daya tarikan dan dari situ bermulanya gangguan kerohanian dan keadaan ini akan menjadi punca penyakit jika dibiarkan berlarutan.
Hakikat air, warna tubuh dan pendekatan saintifik
Terapi getaran warna (CVT) mengenal pasti tujuh warna dan kedudukan warna itu didalam tubuh manusia.
Meletakkan kedudukan warna itu ditempatnya yang khas. Inilah hakikat hak tubuh anda dan jika hak tubuh itu dicerobohi maka berlakulah ketidakseimbangan atau penyakit. Contohnya, jika kedudukan paru-paru yang panas bertukar menjadi sejuk, seseorang itu akan menghidap penyakit seperti asma atau lelah. Kedudukan jantung yang sepatutnya sejuk bertukar menjadi panas boleh menyebabkan penyakit seperti lemah jantung, tekanan darah dan panas baran.
Lazimnya, peraturan hak tubuh dicerobohi olih proses pemakanan yang tidak sihat. Pemakanan yang berlebihan boleh mengakibatkan kebocoran tenaga dalaman. Air adalah penawar kepada segala penyakit dalam tubuh manusia dan apabila kandungan hidrogen iaitu unsur air berkurangan, tekanan haba di paru-paru yang mengawal pernafasan bertukar menjadi gangguan sejuk dan ini akan mengurangkan haba dan oksigen dalam proses pembakaran untuk menghasilkan tenaga.
Dalam keadaan ini, bahagian pernafasan mengalami pengewapan sehingga keluarnya karbon dioksida dan dalam keadaan yang sama, paru-paru gagal membekalkan oksigen ke dalam darah kerana ia sejuk. Kerana itu juga jantung yang bertanggungjawab sebagai sistem penyejuk menjadi panas dan bermakna ketetapan dan peraturan hakikat hak tubuh dicerobohi dan berlakulah penyakit.
Formula Seri Wajah (Terapi getaran aroma) daripada pati bunga-bungaan 1,00l kegunaan dicipta dan dihasilkan untuk memerangkap tambahan daya tenaga frekuensi tinggi yang dapat meneutralkan gelombang rendah di persekitaran tubuh iaitu sinar-x pancaran gamma, alfa dan beta.
( Seri Wajah / Point Zero / Resonan )
Tenaga yang terkandung dalam Seri Wajah akan menyerap ke dalam pelbagai organ deria sebagai reseptor untuk menghantar pesanan atau maklumat ke kelenjar pineal di otak dan seterusnya akan bertindak sebagai prisma atau berlian bercahaya yang memecahkan getaran itu kepada pelbagai warna pelangi dengan frekuensi berbeza.
Zat tenaga cahaya matahari yang terperangkap ke dalam bentuk getaran warna di dalam tumbuh-tumbuhan diganti dan dipancarkan tenaga melalui Seri Wajah dan boleh digunakan untuk 1,001 kegunaan secara mandian atau pada luaran.
Tenaga akan beredar di persekitaran tubuh sebagai pengimbang aliran tenaga (aura) menerusi bulu roma melalui pelbagai sistem deria seperti bulu mata pada deria penglihatan, pendengaran (bulu telinga) dan bulu hidung pada deria pernafasan.
Jika pengimbang tenaga Seri Wajah ini diambil melalui reseptor bulu roma maka pineal akan menganalisis untuk menerima dan menghubungkan semula bahagian sasaran yang tidak seimbang.
Bahagian yang lemah boleh diuji dibahagian titik akupuntur dengan alat penguji keseimbangan tenaga rintangan elektrik. Ujian ini mampu memberikan tahap keseimbangan seseorang dengan serta merta.