Colour Vibration Therapy





Perubatan Alternatif
Home

Pengasas CVT

BAHAN BACAAN

Produk CVT

Aroma Seri Wajah

CVT dalam media

Guestbook

Aromatherapy Vibration (Seri Wajah)
 

Edisi Terbaru!

 

Ini adalah ramuan minyak pati bunga dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.

Kaedah penggunaan : Boleh diminum, sebagai mandian dan juga sapuan pada bahagian tertentu.

  • Titiskan setitik Aromaterapy Vibration ke dalam gelas berisi air dan ais secukupnya, ambil gelas kosong dan tuangkan sedikit lalu dimimum. Ulangkan berturut-turut sehingga habis (Anggaran lebih 9 kali).

  • Gunakan setitis Aromaterapy Vibration (baldi atau bekas air) ketika mandian iaitu ketika bilasan terakhir. Ratakan air ke seluruh badan.

  • Juga titiskan setitik Aromaterapy Vibration ke dalam bekas berisi air dan ais secukupnya, curahkan sedikit ke atas tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah hingga ke ubun-ubun, belakang cuping telinga dan di bawah dagu. Ulangkan berturut-turut sehingga habis (Anggaran lebih 9 kali)

Masa penggunaan sebaik-baiknya setiap malam sebelum tidur. Boleh juga digunakan pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan. Amalkan setiap hari sekurang-kurangnya 7 hari pertama. Kekerapan yang tinggi akan menghasilkan kesan yang lebih baik. Pastikan air yang digunakan bukan air yang dimasak. Lebih baik dengan air Alkali-EQ.

BAGAIMANA SERI WAJAH MEMAINKAN PERANAN

Seri Wajah dapat mengimbangi getaran frekuensi otak tengah (Hipotalamus) yang mengawal Hormon DNA genetik kegemukan yang tidak dapat dibantu oleh pelbagai jenis steroid atau kimia pemakanan yang didakwa berkesan.

Otak bahagian tengah iaitu Hipotalamus berfungi mengawal daya tumpuan dan tekanan perasaan. Keseimbangan bahagian itu bermakna anda ceria. Keharmonian dalam mencari ketenangan secara langsung merangsang thyroid untuk meningkatkan kerja-kerja metabolisma dengan tahap iodin yang dapat merangsang zat-zat pemakanan terhasil menjadi tenaga semulajadi tubuh dan menghalang lemak yang tidak diperlukan.

Mengawal selera serta meningkatkan metabolisme bagi mengimbangi pengeluaran hormon (penting dalam penjagaan berat badan). Bertindak memelihara maskular (otot yang mengendur). Amat ketara membongkar toksin di dalam air kencing.

Juga menghalang penyimpanan air berlebihan di dalam tubuh melalui potassium. Mengurangkan keletihan, menambahkan kesegaran berfikir, merehatkan tidur dan menenangkan fikiran.



Aroma Seri Wajah & Hidroterapi Ais

 

    

Anda akan dibawa menerusi alam penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit melalui kaedah CVT  ................

Hidroterapi Ais

Tahukah anda bahawa Hidroterapi Ais boleh membantu dalam rawatan berbagai jenis penyakit…

Terapi pertama seumpamanya yang menggabungkan elemen/unsur semulajadi yang dapat memberi keseimbangan semula kepada tubuh secara keseluruhan. Dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti air berionik (alkali), garam potassium, pati bunga aromaterapi ‘Seri Wajah’, sulfur, ais dan lain-lain bahan serta peralatan seperti mesin ozon, lampu UV dan penggerak air, Hidroterapi Ais mampu merawat penyakit-penyakit seperti kanser dengan efektif dan menjimatkan kos serta masa. Semua orang mengetahui dan menyedari tentang bahaya kanser serta memahami bahawa sehingga kini masih belum ada rawatan yang benar-benar mampu merawat kanser sepenuhnya maka di sinilah kita dapat menyaksikan bagaimana terapi ini berjaya mengatasi pelbagai rintangan untuk membantu kita semua melawan dan menangani kanser.

Anda akan melihat sendiri bagaimana terapi ini boleh memberi kesan perubahan yang drastik kepada tubuh yang berpenyakit samaada luaran mahupun dalaman dalam proses rawatannya. Oleh kerana air adalah elemen paling banyak digunakan bagi tujuan rendaman keseluruhan tubuh, maka di antara kesan-kesan perubahan yang biasa dilihat ialah:

  • Perubahan warna (Bergantung kepada jenis penyakit)
  • Perubahan suhu
  • Perubahan tenaga pesakit
  • Perubahan bau

Sebenarnya Hidroterapi Ais merupakan suatu bidang perawatan penyakit dan penjagaan kesihatan yang mempunyai konsep tersendiri, unik dan ringkas menghasilkan keharmonian untuk dimanfaatkan secara optima.

Namun ada perkara menarik untuk anda yang telah melibatkan diri dalam bidang perubatan alternatif dan komplimentari iaitu Hidroterapi Ais ini amat relevan dan begitu mudah menyesuaikan dirinya dengan bidang-bidang perubatan sediaada di seluruh dunia.

Di Malaysia sahaja terdapat lebih 3000 ahli dan pengamal perubatan yang mengaplikasikan terapi ini dan telah diyakini amat membantu dalam perawatan berbagai jenis penyakit termasuklah penyakit yang baru dikesan seperti jangkitan H5N1 dan sebagainya.

Kebanyakan mereka juga berpendapat bidang ini memberi peluang kepada mereka untuk memahami dengan lebih mendalam tentang teori sains fizik, biologi dan kimia yang saling melengkapi dan menyempurnakan sistem kehidupan khususnya manusia.

Namun perkara yang paling penting dalam perawatan ini ialah sebahagian besar bahan dan peralatannya perlu bergabung bagi menghasilkan keputusan rawatan yang paling memuaskan. Di antara bahan/peralatan tersebut ialah:

  • Air alkali berionik akan meningkatkan kuasa penyerapan ke dalam tubuh sehingga ke tahap maksima dan memberi daya tekanan yang seimbang kepada ais sebelum disasarkan kepada tubuh

  • Pati bunga Seri Wajah (Aromaterapi Vibration) menumpukan kepada factor ‘resonans’ ke atas sistem dan organ tubuh yang disasarkan melalui rangsangan sistem deria pada kulit dan bulu roma untuk menghantar isyarat kepada sistem immune dan antibody untuk merembeskan hormone, asid nukleik dan asid amino supaya berpasangan dengan toksin atau keracunan di dalam hati. Proses ini akan menukar keracunan menjadi bahan yang memiliki daya magnetic bagi keperluan rohani seseorang yang amat memberi kesan kepada fizikalnya.

  • HydroNatrium/Kapur akan mempercepatkan tindakbalas kimia supaya kesan-kesan keracunan di dalam tubuh akan lebih reaktif dan memberi kesan optima dan ini boleh dilihat melalui perubahan-perubahan seperti warna (air), bau, suhu dan sebagainya.

Dan lain-lain bahan yang menjadikan terapi ini sebenarnya bertujuan untuk mengubah penyakit menjadi suatu bentuk tenaga lain yang lebih berguna kepada tubuh. Kesan paling penting selepas melalui terapi ini ialah tidur yang begitu lena dan merehatkan. Tubuh akan lebih segar apabila sedar daripada tidur tersebut.


Kami bukannya mencipta persepsi kosong, anda saksikan sendiri praktikalnya apabila anda mengunjungi kami di Kongres Sedunia Perubatan Komplimentari ke 44 di Malaysia pada bulan Ogos nanti.

Sertai program ini bukan sahaja untuk menambah pengetahuan anda, malah anda bakal menemui dan berbincang dengan begitu ramai pakar-pakar perubatan alternatif dan komplimentari dari seluruh dunia. Inilah masanya untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat!

Bawa pulang ke tempat anda satu perniagaan yang memiliki konsep. Begitu ramai individu yang memerlukan rawatan yang dapat memberikan kepuasan sehingga ke tahap jiwa dalaman mereka.



                    

Juga 1001 kegunaan, utk maklumat lanjut

Killer Product / Produk Terlaris!!
Marawat Pelbagai penyakit misteri

Kepada bakal pengantin
"Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka.Tidak kira pengantin lelaki atau perempuan perlulah memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.
Rahsia untuk kelihatancantik 
dihari persandingan ialah dengan mengamalkan konsep mandi bunga(berasaskan aroma terapi ais) 3 hari berturut-turut sebelum hari persandingan melalui formula aromatherapy seri wajah. Seri wajah pengantin akan lebih memancar dan sudah pasti kedua mempelai akan nampak anggun dan menawan. Mereka yang mengamalkan mandi pati bunga seriwajah setiap malam juga akan dapat menambahkan seri kecantikan dan awet muda!!









© 2005 All Rights Reserved.  

Create a free website at Webs.com