Putrajaya umpama genderang

Dari DUTA ke PUTRAJAYA

Direktori IPTA

DIREKTORI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

 

Bil

Nama & Alamat

No. Tel & Faks

01.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai,
71800
Nilai,

Negeri Sembilan

06-7988000

06-7993843

02

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Sungai Besi,
5700 Kuala Lumpur

 

03-90512698

03.

Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Beg Berkunci 12,
25500 Kuantan,

Pahang

09-5492003

09-5492222

04.

Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)  
Kubang Gajah,
02600
Arau, Perlis

04-9798008

04-9778011

05.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Mengabang Telipot,

Kuala Terengganu,
Terengganu

 

09-6693102

Faks

09-6697418

06.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
Karung Berkunci 1200, Ayer Keroh,
75450 Melaka

Tel

06-2332234

Faks

06-2332212

07.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Beg Berkunci 101,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor

Tel

07-4537000

Faks

07-4536337

08.

Universiti Darul Iman (UDM)
Kampus Kota, Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
20400 Terengganu

Tel

09-6225500

Faks

09-6275524

09.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Jalan Gombak,
53100
Gombak,
Selangor

Tel

03-61964000

Faks

03-61964053

10.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 Bangi,
Selangor

Tel

03-89215001

Faks

03-89214242

11.

Universiti Malaya (UM)
Lembah Pantai,
50603 Kuala Lumpur

Tel

03-79568400

Faks

03-79547551

E-mel

 

12.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Karung Berkunci 36,
Pengkalan Chepa,
16100
Kelantan

E-mel

09-7717000

09-7717005

13.

Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Beg Berkunci 2073,
88899 Kota Kinabalu,
Sabah

 

088-320203

 

088-320217

14.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kota Samarahan,
93400 Kuching,
Sarawak

082-671000

082- 672 411

15.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Jalan Slim,
35900 Tanjung Malim,
Perak

05-4596200

05-4582773

16.

Universiti Putra Malaysia (UPM)
43400 Serdang,
Selangor

03-89466000

03-89483244

17.

Universiti Sains Malaysia (USM)
11800 Minden,
Pulau Pinang

04-6573987

04-6565401

18.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 Skudai,
Johor

07-5575960

07-5579376

19.

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam,
Selangor

03-55442001

03-55442030

20.

Universiti Utara Malaysia (UUM)
06010 UUM Sintok
Kedah

04-9284000

04-9283016

 

Saolan Lazim Berkaitan Kemasukan Ke IPTA

JPT (Kemasukan Ke IPTA)
Soalan Lazim bagi kemasukan pelajar ke IPTA (UPU) Jabatan Pengajian Tinggi.
01.

Bilakah pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2005/2006 dikeluarkan?

Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi AKademik 2005/2006 ialah pada 02 Januari 2005.

02.

Bilakah pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2005/2006 dikeluarkan (Ambilan Julai 2005)?

Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi AKademik 2005/2006 ialah pada 06 Februari 2005.

03.

Bagaimanakah untuk memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf atau Progam Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2005/2006?

Terdapat 4 kaedah untuk mendapatkan borang permohonan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

  1. Pesanan secara pukal melalui sekolah.
  2. Pembelian terus di kaunter BSN terpilih di seluruh negara dengan harga RM11.50 satu set mulai sehari selepas tawaran iklan (walk-in). Harga yang ditawarkan termasuk caj yang dikenakan oleh pihak bank.
  3. Pembelian terus di JPT - dengan mengemukakan resit bayaran dari BSN bernilai RM10.60.
  4. Pesanan Melalui Pos - dengan menghantar butiran berikut:
    • Resit bayaran BSN RM10.60
    • Sampul surat beralamat sendiri berukuran 41cm x 30cm bersetem RM3.50. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat tuliskan Lepasan STPM/Setaraf atau Lepasan SPM/Setaraf.
Alamatkan kepada:
Pengarah
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
(u.p. Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar)
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah melalui Dalam Talian (online application) sahaja.
04.

Apakah yang perlu saya sertakan sebagai bukti mengesahkan penyertaan aktiviti ko-kurikulum?

Calon diminta kemukakan salinan Sijil Berhenti Sekolah atau Surat Akuan yang disahkan oleh Pengetua/wakilnya sahaja semasa menghantar borang permohonan ke BPKP IPT untuk pengesahan penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum. Sekiranya permohonan melalui Dalam Talian salinan sijil berkenaan tidak perlu disertakan. Pengesahan akan dibuat oleh BPKP IPT dengan pengetua sekolah melalui borang khas.

05.

Bilakah pesanan pukal melalui sekolah dibuat?

Pesanan pukal melalui sekolah bagi Lepasan SPM/Setaraf - mulai 10 Oktober hingga 10 November 2004.

06.

Bilakah pengagihan pesanan pukal melalui sekolah dibuat?

Pengagihan pesanan pukal melalui sekolah bagi Lepasan SPM/Setaraf - mulai minggu pertama Januari 2005 hingga minggu kedua Februari 2005

07.

Adakah bayaran tunai / cek / Kiriman Wang Pos (M.O) diterima untuk tujuan membeli set borang permohonan?

Tidak. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT) hanya menerima bayaran dalam bentuk resit BSN. Kreditkan bayaran ke Akaun GIRO BPKP 14100-29-83030691-5 untuk mendapatkan resit BSN.

08.

Bilakah tarikh tutup permohonan bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf?

Tarikh tutup permohonan bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:-

(a) Kategori Kelayakan Setaraf - 23 Januari 2005
(b) Kategori STPM A dan S - 10 hari bekerja dari tarikh pengumuman keputusan STPM tahun 2004
(c) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) - 10 hari bekerja dari tarikh pengumuman keputusan STAM tahun 2004
09.

Bilakah tarikh tutup permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf?

Untuk Kategori A (Tahun Semasa) dan D (Ulangan), tarikh tutup permohonan adalah pada 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2004 diumumkan.

Untuk Kategori B (2 tahun selepas tahun semasa) dan C (SPM/Sijil yang diperolehi sebelum tahun semasa dan 2 tahun sebelumnya), tarikh tutup permohonan adalah pada 10 hari bekerja selepas tarikh iklan disiarkan.

10.

Berapakah tempoh tahun yang diambilkira bagi penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum?

  1. Lepasan SPM - aktiviti dari Tingkatan 1 hingga 5 sahaja.
  2. Lepasan STPM/Setaraf - aktiviti dari Tingkatan 1 hingga 6 atas.
11.

Apakah jenis borang yang digunakan untuk mengkreditkan bayaran di BSN untuk tujuan pembelilan borang permohonan?

Sila gunakan borang ARAHAN PINDAHAN GIRO berwarna hijau semasa mengkreditkan bayaran di BSN.

12.

Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?

1.STPM/Setaraf 

i. Kategori Lepasan Diploma/Setaraf

Permohonan kategori ini perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

ii. Kategori STPM dan STAM 2004,2003 dan 2002

Pemohon dari Kategori ini tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada IPTA.

iii. Kategori Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang

Pemohon dari Kategori ini tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada IPTA.

2.Lepasan SPM/Setaraf

i.      Pemohon Lepasan SPM Kategori C wajib menghantar salinan borang permohonan BPKP-SPM serta dokumen sokongan ke IPTA pilihan pertama sahaja.

ii.     Pemohon yang menggunakan keputusan SPM kategori A dan B yang memilih program pengajian yang ada temu duga sahaja menghantar salinan borang permohonan BPKP-SPM serta dokumen ke IPTA pilihan.Jika tidak berkaitan, tidak perlu.

13.

Bilakah keputusan permohonan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2005/2006 diumumkan?

Keputusan permohonan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf akan diumumkan pada minggu akhir Jun 2005.

14.

Bilakah keputusan permohonan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2005/2006 diumumkan?

Keputusan permohonan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf akan diumumkan pada minggu akhir Jun 2005.

15.

Bagaimanakah untuk mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf?

Anda boleh menyemak status memperolehi keputusan permohonan ke IPTA melalui 4 kaedah berikut:


(i) UPUinfoLINE - 600-837890
(ii) TeleUPUCelcom - 600-85-2200 (Lepasan SPM/Setaraf)

- 600-85-22001 (Lepasan STPM/Setaraf)

(iii) Internet - http://www.jpt.uum.edu
atau
- http://www.jpt.utm.my
(iv) SMS (kepada 32300)
  • TM Touch 013
  • TimeCel 017
  • Maxis 012
  • Digi 016
  • Celcom
16.

Bolehkah pelajar Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?

Pelajar Bukan Warganegara tidak boleh memohon kemasukan ke IPTA kerana Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada warganegara sahaja.

17.

Bolehkah pelajar Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf?

  1. Pelajar dari luar negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.
  2. Pelajar bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui BPKP IPT (UPU) untuk permohonan kemasukan ke IPTA.
18.

Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?

Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
0490 Kuala Lumpur
Tel : 03-2583731 / 3732
Fax : 03-2542769
19.

Adakah pelajar dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan IPTA?

Tidak dibenarkan.

20.

Adakah pelajar dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?

Tidak dibenarkan.

21.

Adakah pelajar dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?

Tidak dibenarkan.

22.

Adakah borang permohonan kemasukan ke IPTA tidak akan diproses jika tidak disertakan Bayaran Wang Proses dalam bentuk Resit BSN?

Ya. Tidak akan diproses.

23.

Apakah perlu saya buat jika kehilangan resit BSN dalam set borang permohonan yang dibeli/dibekalkan untuk bayaran Wang Proses?

Anda boleh membayar wang proses bagi program yang dipilih dengan menggunakan borang ARAHAN PINDAHAN GIRO (warna hijau) di kaunter BSN dengan menuliskan di ruang tujuan 'WANG PROSES LEPASAN SPM'.

24.

Adakah pelajar perlu menghantar salinan keputusan SPM/Setaraf atau STPM semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?

Ya. Perlu menghantar salinan keputusan yang disahkan oleh Pengetua/wakilnya.

25.

Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil lahir atau sijil lahir hilang?

Anda boleh mendapat cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara ATAU dapatkan surat sumpah dari mahkamah.

26.

Bolehkah calon untuk membuat permohonan kemasukan ke IPTA secara Online Application?

  1. Boleh. Kaedah ini diwajibkan bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2005/2006.

  2. Bagi program pengajian Lepasan SPM/Setaraf hanya pemohon SPM 2004 sahaja yang dibenarkan memohon melalui internet.
27.

Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2005/2006?

  1. Calon Lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM/UIAM, Asasi Undang-Undang UiTM, GCE A Level, lulusan STAM dan lain-lain yang setaraf dengannya diwajibkan mengambil MUET.

  2. Calon yang telah mengambil MUET dan belum menerima keputusan dikehendaki menghantar ke IPTA sebaik sahaja menerima keputusan tersebut untuk tindakan.
28.

Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat email kami:

upu@mohe.gov.my

Welcome

Recent Photos

 

Upcoming Events

No upcoming events

lagu iringan khas untuk kalian yang telah sudi menziarahi sesawang saya ini

percubaan