kesihatan

Small Title

Kesihatan Perlu Diutamakan

html task and pictures

Tiada yang lebih sempurna dari kitab Allah, dan hayati dengan penuh keikhlasan memberikan kita kesihatan dan menghindari daripada perkara yang terlarang.

Sebagai seorang insan yang bernama wanita/perempuan perlu memastikan kecantikan dalaman diberi keutamaan daripada luaran yang semata-mata. Dalaman yang dimaksud datangnya dari hati yang ikhlas dari sanubari akan terpancar kecantikan semulajadi atau neutral beuty.

hindari la... diri anda daripada kecantikan plastik.

janganla kita mengubah ciptaan yang Maha Agung kerana ia lebih memudaratkan dan salah disisi Allah

seperti mana yang kita sedia maklum bahawa suntikan botok atau vitamin c adalah tidak kekal untuk selama-lamanya. Hakikatnya kita tidak boleh menolok usia.... kerana usia itu sentiasa mengekori kita.

 

Adam Haikal tengah Menulis ABC

 Ini Adam Haikal anak sulong saya.... berumur 4 tahun, dilahirkan di Johor Bahru. sekarang Adam bersekolah di Tadika Maria, Kajang. saya bersalinkan adam secara normal..... tapi sakitnya tuhan je yang tahu...  sampai kena tunggu samapai 11 jam baru baby lahir. berbeza dengan operation tak sakit tapi seksa nak jaga semasa pantang......  Bukan nak promote orang kata untuk senang bersalin amalkan Salindah. tapi apapun yang penting jangan melawan cakap suami InsyaAllah semua selamat..

 

baby nie nama dia Batrisyia Balqis. Pengalaman melahir baby melalui operation sebab lat minit dapat darah tinggi lepas tu disahkan ada sis (kantung air bersaiz 20 cm) berada dalam perut. satu pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa mengandung 4 bulan saya kena Demam Kuning ( orang tua kata pembawakan) tapi dalam sains perlu dibuktikan. Jadi saya ditahan selama 11 hari.... memang membosankan dan saya dijadikan bahan ujikaji sebab ini merupakan kes pertama di Hospital Serdang, Selangor. tak pernah terfikir saya bersalin kali ini sampai masuk ICU selama sehari setengah. Ini mungkin berlaku disebabkan saya masa remaja suka sangat makan jamu dan pil kuruskan badan, maklum la dulu badan gemuk dan kurang keyakinan diri.

 

Apa yang digambar adalah sekadar renungan dan pengetahuan yang perlu diketahui dan akan dialami oleh setiap insan yang bergelar isteri suatu hari nanti.....

mari kita berkongsi pandangan landscape ini, mudah-mudahan dapat memberi ketenangan jiwa...

{ParagraphsSidebar}