SAMUDERA KALAM

oleh Batu-Bata

 

'Aqidah

'Ibadah

Akhlaq

Pengurusan

Politik

Ekonomi

"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa." (Al-Baqarah 2:21)

'AQIDAH

Kewujudan manusia didunia ini bukanlah sesuatu yang kebetulan atau dikatakan semulajadi. Tidak ada suatu pun dialam ini yang semulajadi. Alam bermaksud sesuatu yang baharu. Sesuatu yang baru pasti ada permulaan atau dicipta oleh sesuatu. Sesuatu yang baru juga ada penghujungnya. Begitu juga dengan manusia. Kewujudan manusia pasti ada penciptanya dan pastinya ada tujuan yang tertentu. Siapa pencipta manusia dan mengapa manusia dicipta. Setiap orang dilahirkan kedunia kemudian dimatikan. Tetapi kematian bukan penghujung. Anda dijemput melayari dan membaca ruangan 'Aqidah. 'Aqidah adalah perkara paling asas dalam Islam.

 

BERAMAL

Beramal bermaksudkan melakukan apa yang diimani. Dalam Islam, amalan asas terkandung dalam Rukun Islam. Mendirikan solat adalah rukun Islam yang kedua selepas bersyahadah. Sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia telah mendirikan ugamanya. Sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan ugamanya. Persoalannya, adakah anda pasti solat anda sah dan diterima Allah? Beramal mesti didahului dengan ilmu. Tanpa ilmu amal tidak sah. Ramai manusia cuba membicarakan dan berhujjah dalam hal-hal agama tanpa ilmu. Jadilah mereka seperti orang-orang buta menceritakan kepada kawan-kawan mereka akan bentuk gajah.  

TERJEMAHAN AL-QURAN

Al-Quran adalah kalam Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw sebahagiannya melalui perantaraan Malaikat Jibril as dan sebahagian lagi terus dari Allah kepada Rasul-Nya itu. Bahasa Al-Quran adalah Bahasa Arab kerana Nabi Muhammad saw berbangsa Arab. Oleh yang demikian, untuk mendalami Al-Quran sesaorang itu mesti mengetahui Bahasa Arab. Maksudnya, untuk mentafsir kalam Allah ini mestilah merujuk kembali kepada Bahasa Al-Quran. Tidak boleh Al-Quran itu ditafsirkan mengikut bahasa terjemahan. Sebagai contohnya, sesaorang itu cuba mentafsir Al-Quran berdasarkan terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu.

Untuk Orang Melayu atau mereka yang memahami Bahasa Melayu tetapi belum ditakdirkan Allah untuk dapat memahami Bahasa Arab, anda boleh membaca terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu. Namun begitu JANGAN SEKALI-KALI MENTAFSIR-NYA SECARA BEBAS MENGIKUT PEMIKIRAN MASING-MASING. Carilah guru-guru tafsir yang menggunakan kitab-kitab tafsir Al-Quran seperti kitab tafsir Al-Rahman untuk memahami makna ayat-ayat tersebut. Mempelajari agama perlu berguru. Ia adalah sunnah Nabi saw dimana Nabi saw sendiri berguru dengan Malaikat Jibril as.

Dizaman yang penuh kecelaruan ini, anda mesti berhati-hati memilih guru dalam mempelajari agama. Ada guru yang mengajar agama seperti badut. Hiruk pikuk orang dalam majid ketawa terbahak-bahak, mencurah-curah air mata menahan ketawa melihat telatahnya. Ada juga yang menjaja agamanya untuk mencari kekayaan dunia. Jauhilah mereka. Guru yang mengajar mesti berkitab dan kitab tersebut pula menjadi rujukan para ulama dari zaman berzaman. Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk daripada-Nya. Klik pautan berikut: Al-Quran

BACA PAPARAN BERIKUT TENTANG KEHEBATAN AL-QURAN


 

AKHLAQ

Anak Yang Soleh

Siapakah anak yang soleh? Mengapakah perlu kepada anak yang soleh? Macam mana hendak mendapatkan anak yang soleh? Macam mana hendak menjadi anak yang soleh?


 

PENGURUSAN

Bidang pengurusan telah berkembang dengan meluas dimana setiap aktiviti manusia tidak akan terlepas dari isu-isu pengurusan bila aspek produktiviti dan kecekapan (efficiency) cuba diperhitungkan. Beberapa bidang pengurusan akan dibincangkan mudah-mudah anda mendapat menufaat daripadanya:


TAHUKAH ANDA?

Microwave

Air yang dimasak atau dipanaskan didalam microwave berkemungkinan tidak menggelegak walaupun suhunya telah mencapai takat didihnya. Malahan ia boleh menjadi terlampau panas tanpa menggelegak. Ini sangat merbahaya. Ini kerana apabila ia dikeluarkan dari microwave, ia boleh menggelegak secara tiba-tiba apabila air tersebut terganggu seperti dimasukkan sudu atau gula atau kopi kedalamnya.

Untuk keselamatan, jangan panaskan air melebihi 2 minit untuk setiap cawan. Biarkan cawan berada didalam microwave setelah dipanaskan sekurang-kurangnya 30 saat sebelum dikeluarkan dari microwave. Sila lihat sedutan Video ini.

 

 

 

Welcome

Featured Products

No featured products