Badan Kebajikan Orang Asli Islam Negeri Sembilan (BAKOAINS) No.21,Tingkat 1,Lorong Desa Manggis 1/1,Taman Desa Manggis, Jalan Tunku Khursiah,70400 Seremban,Negeri Sembilan. Laman web Badan Kebajikan Orang Asli Islam Negeri Sembilan ini adalah laman web tidak rasmi badan ini dibuat khusus untuk menerangkan tujuan penubuhan dan rangka program serta aktiviti-aktiviti yang telah badan ini lakukan untuk masyarakat Orang Asli Islam amnya dan Orang Asli Islam di Negeri Sembilan khususnya. Ia juga bertujuan seperti yang terkandung di dalam matlamat seperti di dalam misi dan visi badan.Badan ini juga bertanggungjawab menyelaras bantuan-bantuan dari pelbagai pihak untuk diagihkan terus kepada masyarakat orag asli.Membantu lain-lain agensi kerajaan dalam merealisasikan objektif kerajaan iaitu untuk mengintegrasikan masyarakat orang asli di dalam arus era pembangunan dan kemajuan. BAKOAINS bukanlah badan secara mutlak yang menjaga kepentingan orang asli Islam khususnya di Negeri Sembilan.Kewujudan badan ini hanyalah sebagai melengkapi dan membantu pihak-pihak yang lebih berotoriti seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan khususnya. Juga berkerjasama erat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan khususnya Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan dalam merangka dan menjana sebarang program keagamaan dan kebajikan Orang Asli Islam. Sebagai sebuah badan NGO pihak kami amat berharap sokongan dan dorongan lain-lain pertubuhan agar memberikan sebarang idea dan kerjasama erat untuk melihat masyarakat Orang Asli Islam khususnya di Negeri Sembilan lebih berkualiti dan beridentiti pada masa hadapan |
|
Pihak BAKOAINS® tidak bertangungjawab di atas apa-apa kerugian,kehilangan ,salah tafsir dan kesalahan fakta yang digunakan di dalam laman web ini oleh pengguna-pengguna laman.Segala usaha telah dibuat untuk menerangkan fakta dan teks secara tepat dan berkualiti dan BAKOAINS® tidaklah dipertanggungjawabkan atas apa-apa maklumat yang disalah tafsir dan ketidaktepatannya.