| |

NAVIGATION
|
|
|
Selamat Datang ke Laman Penyokong Bolasepak Ladang Jenderatafc!!
|
Assalamualaikum WBT. Dengan ini saya sebagai admin di forum jenderatafc.us.tt akan merasmikan penubuhan website ladang jenderata ini, diharap kepada semua kaki-kaki bola seluruh malaysia yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pasukan ini boleh la melawati website ini selalu. oleh kerana website ini baru saja ditubuhkan jadi sebarang kekurangan yang anda rasa paling ketara sekali boleh lah email kepada saya amir_10t@yahoo.com
sekian |
|
Info Terkini Pasukan Ladang JenderataFC
|
| loading.... |
|
|
|
Jendarata minat Sathianathan Oleh Ravale Savarinathan
PENDATANG baru Liga Perdana, Perak Jendarata kini dalam perbincangan terakhir dalam proses mendapatkan khidmat bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan, B Sathianathan bagi melatih skuad itu bagi musim 2005.
Jendarata dikatakan lebih berminat untuk melantik Sathianathan sebagai jurulatih berbanding beberapa jurulatih berwibawa lain yang turut menaruh minat terhadap pasukan dari Teluk Intan itu.
Menurut sumber kelab itu, pihak pengurusan kelab lebih berminat kepada Sathianathan berdasarkan pengalamannya menjadi penolong jurulatih kepada beberapa jurulatih kebangsaan bertaraf dunia seperti Karl Heinz Weigang, Alan Harris dan Hateem Soussi.
Sathianathan kini dikatakan hanya menunggu lampu hijau dari pihak pengarah kelab yang kini berada di Denmark untuk mencari pemain import dengan bantuan pemain penyerang, Martin Bek Neilsen.
Pengurus pasukan Jendarata, L Sivasangar ketika ditemui berkata walaupun Sathianathan menjadi pilihan utama kelab itu tetapi keputusan muktamad mengenainya hanya akan diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.
“Memang Sathianathan jadi pilihan utama tetapi kita kena kaji dalam aspek lain juga seperti gaji dan permintaan lain yang harus diambil kira pengurusan pasukan,” katanya di Teluk Intan semalam.
Mengenai pemain baru, Sivasangar berkata setakat ini pengurusan pasukan belum memutuskan pemain yang akan kekal dan digugurkan dari pasukan bagi persiapan musim depan.
“Semua pamain yang sudah menabur bakti dalam Piala FAM sehingga melayakkan diri ke Liga Perdana harus diberi peluang sama rata beraksi dalam liga yang penuh mencabar ini musim depan.
“Oleh itu, kita belum memutuskan pemain yang akan digugurkan tetapi pada masa yang sama ada beberapa pemain skuad ini dipancing pasukan negeri dan kelab lain,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Sivasangar berkata padang Ladang Jendarata yang terletak kira-kira 16 Kilometer dari bandar Teluk Intan akan dijadikan padang latihan utama pasukan itu dan bukannya Mini Stadium seperti yang katakan sebelum ini.
Katanya, ini tempat penginapan pemain dan jurulatih yang disediakan pengurusan pasukan terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari padang itu, sekali gus memudahkan mereka tiba menjalani latihan mengikut masa ditetapkan.
Di samping itu, katanya, pihaknya juga bercadang mewujudkan sendiri kelab penyokong pasukan Jendarata memandangkan tiada komitmen ditunjukkan Kelab Penyokong Perak (Kepak) ketika Jendarata mengharungi peringkat separuh akhir dan akhir Piala FAM sejak tiga tahun lalu.
“Kelab Jendarata seharusnya tidak diabaikan kerana kita juga bermain untuk negeri dan mewakili Perak di bawah payung Persatuan Bola Sepak Negeri Perak,” katanya.
|
|
jenderatafc
Create a
free website at Webs.com
|  |
|