WARKAH SKRIN

cetusan pemikiran dalam jaringan

ma ra'yi?(blog)


view:  full / summary

Senyum, semoga ada hari esok

Posted by warkahskrin on January 13, 2012 at 2:45 PM Comments comments (1)


Bila kita tersenyum, belum tentu hati kita suka,

Bila kita menangis, belum tentu hati kita duka,

Di sebalik ketawa, siapa yang tahu kita ada luka,

Di sebalik muram durja, siapa tahu kita ada bahagia.


Cinta tak harus memiliki,

Cinta itu tak semestinya bersama.

Kalau betul cinta, mesti boleh menanti,

Tapi kalau hati sudah berubah, apa lagi nak dikata.


Kisah hidup duka,

Orang yang kita ada rasa,

Dan ...

Read Full Post »

Apalah nasib

Posted by warkahskrin on December 24, 2011 at 6:00 AM Comments comments (2)


Entahlah.

Satu-satu ujian datang.

Mungkin sebab hati yang tak bersih mungkin.

Ampunkanlah aku ya Allah.


Apalah nasib diri,

Tersepit di sana sini,

Kanan dan kiri.


Bukan aku suka-suka,

Tapi aku perlu meraikan kedua-dua.

Kalaulah dua-dua mengerti,

Apa yang ada dalam hati ini,


Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.


Jatuh dan tabah

Posted by warkahskrin on September 1, 2011 at 12:50 AM Comments comments (0)


Syawal ketiga.

Rasa mood kacau

Jiwa kacau

Hati tak best

Rasa sedih tiba-tiba

Rasa depressed.

Rasa jatuh.


Entahlah.

Macam-macam rasa.


Allah.

Tabah je lah.


p/s : Yang kebetulan baca ni, lupakan saja. Tak perlu risau apa-apa. Saya ok insya-Allah



Mengadu

Posted by warkahskrin on April 24, 2011 at 11:42 AM Comments comments (0)

Rintihan hati ini,
Hanya Kau yang tahu,
Rasa dalam hatiku,

Tika seluruh dunia,
Tidak pernah mahu melihat isi hati dan perasaan,
Tidak pernah cuba memahami,
Read Full Post »

Menumpang kasih

Posted by warkahskrin on April 17, 2011 at 11:53 AM Comments comments (0)

Baru-baru ni saya ada exam. Subjek itu susah (bagi saya yang tak scorer ni). Sebelum exam pula, ada macam-macam benda yang datang, kena buat kerja tu dan kena buat kerja ni, kemudian ada masalah tu dan masalah ni. Tapi macam mana pun kena tabah hadapi.

Tibalah masa yang dinanti. Hari exam. Rasa macam dah sedia insyaAllah. Dalam fikiran, ingat paling kurang pun dapat lah lepas lulus.

Dah habis menjawab soalan, tekan "proc...
Read Full Post »

Rss_feed