Sumber Doa dan Zikir
 
 
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
 
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم
 إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه
 ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ
وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً
 إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang,
 nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca
" Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia,
sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan
kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"
( Riwayat Muslim)
 
 
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ يُعَوِّذُ بَعْضَ أَهْلِهِ يَمْسَحُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى وَيَقُولُ
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَاسَ اشْفِهِ
وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu meminta perlindungan terhadap sebagian keluarganya, beliau mengusap dengan tangan kanannya sambil berdo’a;
Ya Allah Rabb manusia, dzat yang menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Dzat yang Maha menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit).”
قَالَ سُفْيَانُ حَدَّثْتُ بِهِ مَنْصُورًا فَحَدَّثَنِي عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ نَحْوَهُ
 Sufyan berkata; Aku menceritakan hal ini kepada Manshur, maka dia menceritakan kepadaku dari Ibrahim dari Masruq dari Aisyah seperti hadits di atas.
 
 
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين
 ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ
مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة

رواه البخاري
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain
berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan)
yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu :
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna,
daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa
dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat"

( Riwayat Al-Bukhari)

 

 
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم
 فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم ,
 قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ
 أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ


Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"


Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :

 

 
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله
 فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ
 أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut.

( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata
dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq)
dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi”
 iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)

Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh.
 Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya.
 Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.

drp: Ust. Zaharuddin Abd Rahman 
Asal
Hak Cipta Terpelihara © Muhammad Khairi. 2006