Blog

view:  full / summary

Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia 2013 meneroka keunikan Terengganu

Posted by agroresort on July 21, 2013 at 12:55 AM Comments comments (0)


 

 

 

Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia yang dihoskan oleh Gaya Travel Magazine kini meneroka keunikan Negeri Terengganu Darul Iman. Negeri Cantik Budaya Menarik dan orangnya memang baik.

 


Program bermula dari daerah Kemaman dengan meneroka makanan tradisi 'sata dan otak-otak Wan Aziz, kemudian merasai keunikan Kopitiam Hai Peng yang terkenal di bandar Chukai. Mereka juga dibawa menyaksikan kunang-kunang atau orang Terengganu panggil 'firefly' di Sg Yakyah di Ibok, Kemaman sebelum di bawa ke Monica Bay atau Teluk Mak Nik untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman melihat penyu bertelur.

 

 


Taklimat oleh Pengurusan Agro Resort

Rombongan juga dibawa ke Kompleks Tg Nurzahirah di Kuala Terengganu sebelum dibawa mencuba keenakan masakan Terengganu di Restoran Kuah Singgang di Cabang Tiga. Pada petangnya aktiviti berkuda di TER Kuala Ibai menjadi pilihan sebelum merasai pengalaman mencandat sotong di perairan Pulau Kapas.

 


Menu hidangan yang disajikan

Pada hari ketiga, rombongan dibawa ke daerah paling bongsu iaitu Setiu untuk menikmati keindahan warisan pertukangan Melayu dan keunikan senibina rumah Terengganu di Terrapuri Heritage Village di Kg Mnagkuk Setiu. Kemudian mereka di bawa ke Peladang Setiu Agro Resort, iaitu sebuah resort berkonsepkan agrotourism yang unik dan mempunyai kelainan dalam satu pusat peranginan.

 

Selepas taklimat oleh pihak pengurusan iaitu oleh Ahmad Sanusi selaku Pengurus Resort, rombongan dibawa ke Taman Herba Agro untuk merasai dan mengenal khazanah perubatan Melayu serta merasai sendiri air herba yang berkhasiat di sini. Hidangan petang menanti rombongan dengan keunikan masakan kampung iaitu Pulut Mempelam bersama santan, kerepok lekor, cendawan goreng celup tepung, ubikayu rebus, ubi keledek rebus yang dicecah bersama kelapa dan sambal bilis.

 


Ubi keledek rebus

 

 


keropok lekor goreng

 

Selesai check in bilik, aktiviti petang menanti iaitu Flying Fox, River Crossing serta berkayak di Tasik Agro dengan bimbingan jurulatih Agro, Nek Yunus M Nor yang berpengalaman.

 

Memang seronok memerhatikan gelagat 'orang bandar' yang 'masuk kampung'. Rombongan CC1M kali ini adalah terdiri daripada rakan media dari Image Media Network, Singapura, Primeworks, Media Prima, ANTV Indonesia RTM, NTV7, Berita Harian, TV AL Hijrah, MICE Magazine, MY Tourism TV. Juga turut bersama adalah rakan blogger yang 'famaous' iaitu Si Traveller Comel, blogger Marinimz, blogger ruby.com, blogger Emily2u serta hos Gaya Travel Magazine dan Tourism Malaysia.

 


Sambal bilis untuk di cicah dengan ubi kayu rebus

 

 


pulut mangga bersantan

 

Ikut turut serta adalah agensi pelancongan Amazing Travel & Tours, Leisure Incentive Tour, Ceria TRavel & Tours, Permai Rantau Tour dan IMG Travel & Tour. Mereka ini turut diiringi oleh pasukan PDRM dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi memastikan keselamatan dan kelancaran program.

 


 

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, rombongan akan di bawa ke Taman Tamadun Islam serta menaiki Bot Cruise untuk ke Pasar Payang sebelum pulang ke ibu kota.

 

Semoga penganjuran program CC1M ini akan melonjakkan lagi industri pelancongan di negeri Terengganu yang sememangnya unik dan menarik untuk di terokai.

 


 

 

 

Kehadiran Ketua Penolong Kanan Pentadbir Tanah Setiu, Encik Rusdi Bin Awang dalam Majlis Makan Malam bersama rombongan juga di harap dapat mencetuskan era baru pelancongan di Setiu yang mempunyai banyak sekali produk pelancongan yang unik dan menarik. Banyak cetusan idea dan cadangan semasa makan malam bersama Encik Zulfa- Tourism Malaysia Terengganu serta Encik Shamsul- Gaya Magazine Travel dan rakan rombongan yang lain.

 

 

 


sumber: http://terengganumyheritage.blogspot.com

 

Program 'MAKAN ANGIN TV9' Di Agro Resort

Posted by agroresort on December 14, 2012 at 11:00 PM Comments comments (0)



Ketua Pengarah JAKOA di Agro Resort

Posted by agroresort on December 14, 2012 at 11:00 PM Comments comments (0)



Lawatan Ketua Pengarah KEMAS di Agro Resort

Posted by agroresort on December 14, 2012 at 10:55 PM Comments comments (0)



blogger Keluarga: LAGUNA AGRO RESORT, SETIU

Posted by agroresort on June 26, 2012 at 7:20 AM Comments comments (0)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Dah 2 bulan tidak update blog ini. Komitmen kerja dan keluarga membataskan waktu..Syukur hari ini sempat juga buka blog dan menulis berkongsi cerita.

Terkini sibuk menganjurkan Kem Jati Diri Kelab PSS. Yang diadakan 5-6 Mei lepas di Laguna Agro Resort. Disertai oleh 8 orang guru dan 40 orang pelajar. Aktiviti 2 hari 1 mlm itu banyak memberi pengalaman baru dan merapatkan lagi hubungan guru dengan pelajar. Suasana yang menenangkan dan lagun yang cantik memberi seribu ketenangan kepada peserta.Aktiviti air seperti Rafting, Wetland Trekking, Tarik Pukat dan hasil air memberi pengalaman baru kepada semua.


Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Ini antara gambar-gambar yang diambil;

sumber: http://omarnoraini.blogspot.com/2012/05/laguna-agro-resort-setiu.html


From Nieja - Bersantai di Agro Resort

Posted by agroresort on June 26, 2012 at 7:05 AM Comments comments (0)


semalam, tak tau nak lepak mana.. pantai macam dah selalu sangat.. so, bersiar siar and lepak lepaking kat Setiu Agro Resort je la.. boleh cycling, fish spa, paddle boat and macam macam la..


nak buat fish spa, tapi hujan T___T nak main paddle boat lagi la kan tak boleh T_______T  g lepak tepi swimming pool, nak mandi la konon tapi macam ramai gila semalam. cancel jugak T_________T

last last, balik dengan perasaan HAMPA..

 

sumber: http://niejamuhaimi.com/?cat=403

blogger Coklat Aiskrim- Isnin, 11 Julai 2011 camping at agro resort setiu

Posted by agroresort on June 26, 2012 at 7:05 AM Comments comments (0)


letih , baru pulang dari camping . haha . tapi memang best lha g camping nim ,

macam - macam pegalaman yang aq dapat dari perkhemahan nim .

firstly , kami merendah hutan atau jungle trekking wif jurulatih yang terlatih dan berpengalaman .


jurulatih pom handsome - handsome . haha

second , kami membuat aktiviti flying fox . pergghh , aktiviti nim memang gayat sangat - sangat

sampai aq pom pejam mate takut nye . da lha kat bwh tuh ada air yang paling dalam kali kat resort tuh .

lepas kami flying fox , kami meneruskan aktiviti dengan kayak .

 mmg best aktivit nim tapi kne stamina hop kuad lha .  tapi best walaupun aq  x pandai control tpi alhamdulilah kami selamat dan tidak jatuh ke dalam air :)

aktiviti terakhir bersama dengan jurulatih yang handsome iaitu ABG NIK .

semua aktiviti aq boleh buad tpi smpai kat monkey climb aq xleyh buad lalu jatuh dalam air pacat smpai gelepor . haha , kelakor sgguh . lepas dri aktiviti nim aq buad fulop hop tarzan tuh , jugak x lepas . jatuh dalam air jugak :) hahaa .

pengalaman ini tidak akan aq lupekan . ini lah kenangan manis bgi dri ku ,

 

 

haha  , semapat lagi aq posing wif anis nadia :)

gambar kenangan kami di tapak perkhemahan .

jurulatih kami iaitu abam nik dan abg helmi .

handsome kam ? haha

posing semenntara menunggu bas smpai :D

peserta lelaki seramai 34 oram sahaja tapi degil - degil

 

sumber: http://evoryevvillop.blogspot.com/2011/07/camping-at-agro-resort-setiu.html

Agro Resort dari Blog Alami Terengganu

Posted by agroresort on June 26, 2012 at 6:55 AM Comments comments (0)

http://4.bp.blogspot.com/_62_GSE-fTfM/THTgR9KmydI/AAAAAAAACV4/91DqOHoxB4o/s400/DSC_0617.jpg" />http://4.bp.blogspot.com/_62_GSE-fTfM/THTgR9KmydI/AAAAAAAACV4/91DqOHoxB4o/s400/DSC_0617.jpg" />

#fullpost { display: inline; }Peladang Setiu Agro Resort merupakan tempat rekreasi agrotourism bagi mereka yang menginginkan suasana alam semulajadi yang terbaik. Ia menjadi pilihan utama bagi sektor kerajaan dan koporat bagi mengadakan aktiviti seperti perkhemahan atau hari keluarga, kerana Peladang Setiu Agro Resort ini menawarkan kem latihan dan tempat perkhemahan yang boleh memuatkan ramai peserta. Selain itu, di sini juga terdapat fasilitator terlatih bagi menjalankan aktiviti-aktiviti mencabar seperti Jungle Walk, Flying Fox, Abseiling, kayak dan lain-lain lagi.

 

 

Selain tapak perkhemahan di sini juga disediakan pelbagai pakej penginapan chalet yang berpatutan. Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dirasai di sini kerana Peladang Setiu Agro Resort ini terletak berhampiran Hutan Simpan Gunung Tebu. Selain menikmati persekitaran yang nyaman, kita dapat mempelajari cara membuat jerat, perangkap dan denak untuk menangkap haiwan liar. Terdapat juga banyak gua-gua yang menarik untuk diterokai seperti Gua Batu Misteri, Gua Kura-Kura, Gua Batu Susun, serta Gua Bongkok. Aliran sungai-sungai semulajadi juga pasti mempesonakan anda.


Taman Unggas, Taman Arnab dan juga Taman Herba

Kemudahan pengangkutan untuk para pelawat.

 

Tasik di Peladang Setiu Agro Resort.

 


Taman Herba

 

Di sini terdapat lebih 120 jenis pelbagai spesis herba yang mempunyai nilai perubatan dan khasiat seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Gajah Mengawan, Kerbau Amuk, Aji Samat, dan pelbagai lagi. Anda boleh mengutip dan merebus sendiri herba-herba yang terdapat di sini. Air herba ini dapat mengembalikan tenaga dan menghilangkan keletihan dan kelesuan anda secara semulajadi.

 

 

 

 

 

 

Peladang Setiu Agro ResortLot 3912, Guntong, 22040 Setiu, Terengganu, Malaysia

+609-690 2245+609-690 3482peladang_agroresort@yahoo.comhttp://www. agroresort.com

sumber: http://www.alamiterengganuku.com/2010/08/peladang-setiu-agro-resort.html

Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap 2 Zon Timur pada 17 jun- 5 Julai 2012

Posted by agroresort on June 4, 2012 at 11:50 AM Comments comments (0)

maklumat lanjut sila klik di link ini


KLIK SINI

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2012 di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Posted by agroresort on May 6, 2012 at 12:40 AM Comments comments (0)


Pada hari ini 5 Mei 2012, telah di adakan Sambutan Hari Perhutanan Sedunia peringkat Negeri Terengganu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu.



Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji  Azmi Bin Nordin dan turut dihadiri oleh semua anggota jabatan seluruh negeri.


Sempena dengan sambutan ini, lebih daripada 300 anak pokok hutan terutama spesis yang semakin pupus  serta yang menjadi khazanah negara seperti Karas, Damar, Kecupu, Cengal dan bermacam-macam lagi telah ditanam sebagai simbol menghargai dan menjaga warisankhazanah hutan kita.


Bersempena dengan sambutan Hari Perhutanan ini juga, telah diadakan sambutan Hari Keluarga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu yang telah diadakan pada waktu dan hari yang sama. Ianya telah dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti sukaneka, bintang karaoke, pertandingan memancing, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah lumayan dan menarik serta diserikan dengan acara kemuncak iaitu tarik tali antara zon.


Program ini bukan sahaja dapat menceriakan anak-anak dan kanak yang turut dihiburkan dengan aksi badut, malah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kakitangan jabatan dan silaturahim.

sumber: http://terengganumyheritage.blogspot.com


Rss_feed