Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera, brader skot !
Halaman ini disediakan untuk kita Afats Intake 6 sama-sama mengeratkan silaturrahim sesama kita dan semua pelawat dari lain-lain intake. Harapan dari laman web ini adalah untuk kita sama-sama mengimbau kembali nostalgia, bertukar pendapat dan pandangan dalam isu umum kepada semua, melihat gambar/ pelan/ lakaran/ coretan /nukilan dan nasihat menasihati sesama kita. Ucapan dan perbincangan dalam menyelesaikan kemelut kita dan lain-lain isu yang tidak berbentuk persendirian. Adalah diingatkan jua bahawa semua bentuk tulisan, bahan-bahan lain yang dipaparkan di dalam halaman ini adalah tanggungjawap brader yang melakukan apa jua tulisan dan bahan-bahan paparan tersebut 100%. Pihak pemilik halaman ini tidak bertanggungjawap dalam semua jenis bahan yang terpapar di halaman ini. Marilah kita manfaatkan halaman web ini dengan bijak tanpa prejudis terhadap mana-mana kumpulan atau individu termasuk keluarga mereka yang melayari halaman ini dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang, samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekian didahulukan dengan ribuan terima kasih. Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.